99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

PM China Ditemui Presiden Laos

(CRI)Khamis 01 Disember 2022

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah ditemui Presiden Laos, Thongloun Sisoulith di Dewan Rakyat di Beijing pagi Rabu.

Li berkata, di bawah pimpinan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang berteraskan Xi Jinping, China bersedia bersama dengan pihak Laos memperhebat pertukaran pengalaman tentang tadbir urus negara, memperluas bidang kerjasama yang saling menguntungkan dan meneroka potensi terbabit. Sesama negara membangun, China dan Laos sentiasa saling menghormati dan saling menyokong. Kedua-dua pihak diharap menumpu kepada pengendalian dan pemeliharaan landasan kereta api Laluan China-Laos, serta peningkatan kecekapan dan kemudahan pengangkutan supaya dapat mengintensifkan peranan Laluan tersebut sebagai penggerak terhadap pembangunan sosioekonomi Laos. China komited mempertingkat pengimportan produk pertanian berkualiti tinggi dari Laos, dan menggalakkan syarikat domestiknya melabur dan mengembangkan sayap di Laos dengan memperluas kerjasama dalam perlombongan, bekalan elektrik dan sumber tenaga bersih.

"China mementingkan hubungan dengan ASEAN, menyokong pembangunan Komuniti ASEAN serta kerangka serantau yang berpaksikan ASEAN, dan bersedia mendorong pembangunan ekonomi serantau. China juga bersedia bersama dengan negara ASEAN melaksanakan Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) secara menyeluruh, mendorong rundingan Kod Laut China Selatan (CoC), dan memelihara kedamaian dan kestabilan di perairan berkenaan," kata beliau.

Thongloun Sisoulith berharap agar pihaknya boleh mengeksport lebih banyak produk pertanian berkualiti tinggi ke China, dan menyambut pelabur China meningkatkan penglibatannya dalam pembangunan projek Laos. Pihaknya juga menyokong CoC yang mempunyai visi dan misi dan boleh berkuatkuasa dapat dicapai dengan secepat mungkin demi pemeliharaan kedamaian, kestabilan dan pembangunan di Laut China Selatan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan