99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Syarikat China Cari Peluang Perniagaan di Luar Negara

(CRI)Rabu 21 Disember 2022
Syarikat China Cari Peluang Perniagaan di Luar Negara

Seiring dengan dasar pembendungan wabak Covid-19 yang semakin dioptimumkan, syarikat-syarikat China giat mengatur penerbangan khas untuk mencari peluang perniagaan di seberang laut.

Setakat ini, terdapat sekurang-kurang sembilan provinsi termasuk Guangdong, Zhejiang, Jiangsu, Fujian, Sichuan, Hunan, Hainan, Shandong, dan Anhui sedang mengaturkan syarikat untuk mengadakan lawatan ke luar negara bagi berbincang mengenai pesanan dan memperluas pasaran.

Bandar Ningbo, provinsi Zhejiang pernah menghantar syarikat tempatan ke luar negara bagi tujuan lawatan perdagangan menggunakan pesawat khas pada bulan Julai lalu, dan disusuli dengan lawatan sebulan sekali selepasnya.

Difahamkan, lawatan termasuk ke Itali, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan Jepun berjaya mengikat kontrak yang bernilai lebih USD2 bilion.

Baru-baru ini, hampir 40 syarikat China mengadakan lawatan perdagangan ke Asia Tenggara untuk menyertai pameran produk Guangdong (Malaysia) dan Pameran Kejelitaan Asia Singapura (BeautyAsia Singapore) dengan pesawat khas. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan