99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Syarikat Singapura Optimis akan Pemulihan Pasaran China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 06 Januari 2023
Syarikat Singapura Optimis akan Pemulihan Pasaran China

Dengan kawalan wabak COVID-19 di China semakin dioptimumkan, syarikat China giat mencari peluang di luar negara, sementara perusahaan asing yang rapat dengan syarikat China juga meneroka pasaran negara ini yang semakin pulih. Banyak perusahaan Singapura tidak sabar untuk menjalinkan semula hubungan dengan rakan kongsi masing-masing. Pada 20 Disember 2022, Singapore Airlines menyambung semula penerbangan Singapura-Beijing, memudahkan lawatan kedua-dua pihak. Kata usahawan Singapura, walaupun China bukan ‘ubat serba boleh’ bagi mengatasi cabaran ekonomi tahun 2021, perusahaan tempatan harus mengakses pasaran China dengan secepat mungkin.

Banyak Perusahaan Rancak Lawat Klien China

Media berbahasa Mandarin Singapura, Lianhe Zaobao, memetik kata perusahaan dan dewan perniagaan tempatan bahawa pengoptimuman kawalan COVID-19 di China memberi manfaat kepada kedua-dua negara untuk memulihkan hubungan perdagangan dengan lebih lanjut. Perusahaan Singapura disarankan agar membuat rancangan lebih awal dan mengambil kesempatan daripada pemulihan ini. Mereka juga yakin dengan keupayaan China dalam pengawalan COVID-15 dan menjangkakan situasi di China bakal menjadi stabil dalam dua atau tiga tahun.

Menurut Thomas Pek dari Hua Food Industries, syarikatnya terpaksa bergantung pada ejen tempatan dalam urusan perniagaan dengan China selepas bermulanya penularan wabak, dan hasilnya kurang memuaskan. Dengan pelonggaran sekatan sempadan dan penerbangan Singapura-Beijing disambung semula, stafnya akan melawat China dalam masa terdekat untuk mempromosikan perniagaan.

Reina yang bekerja di sebuah syarikat e-dagang rentas sempadan Singapura juga memaklumkan bahawa, pasaran China mempunyai potensi yang amat ketara dan syarikatnya menanti-nantikan kesempatan untuk membina hubungan perdagangan yang lebih erat dengan pasaran China. Kini syarikatnya telah mengatur lawatan ke China.

Pembangunan Hijau, Ekonomi Digital China Jadi Perhatian

Tahun-tahun kebelakangan ini, kerjasama perdagangan China-Singapura semakin mendalam dan menunjukkan momentum yang kuat dalam pertumbuhan. Menurut Pejabat Ekonomi dan Komersial Kedutaan China di Singapura, dari tahun 2013 hingga tahun 2021, Singapura adalah penyumbang pelaburan asing terbesar bagi China selama sembilan tahun berturut-turut, sementara China rakan kongsi perdagangan terbesar Singapura.

Antara banyak sektor pelaburan, perusahaan Singapura amat mengambil berat tentang pembangunan hijau dan ekonomi digital di China.

Menurut Laporan Ekonomi Digital China 2022 yang dikeluarkan pada 27 Disember lalu, skala ekonomi digital China telah mencecah 45.5 trilion yuan, iaitu meningkat sebanyak 16.2% tahun ke tahun dan menyumbang 39.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Lianhe Zaobao melaporkan dengan memetik kata Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Gan Kim Yong bahawa, skala ekonomi digital di China amat besar. Jika perusahaan, staf dan pengguna Singapura yang berkaitan membuat persediaan bagi pendigitalan, ini akan lebih kondusif untuk mereka melibatkan diri dalam perkembangan ekonomi digital China. Berhubung pembangunan hijau, Singapura berkongsi tujuan yang sama dengan China iaitu mengurangkan jejak karbon, dan sedang meneroka pola baharu bagi merealisasikan pembangunan yang mesra alam dengan beberapa provinsi China.

Pakar Optimis akan Kerjasama Perdagangan China-Singapura 2023

Dalam konteks ekonomi global dijangka bakal merosot, perkembangan ekonomi Singapura menghadapi cabaran. Namun para pakar tetap yakin dengan potensi kerjasama perdagangan antara China dan Singapura.

Lan Qingxin, Pengarah Pusat Penyelidikan BRICS, Universiti Perniagaan dan Ekonomi Antarabangsa (UIBE) ketika diwawancara menyatakan selepas berkuat kuasanya Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) satu tahun yang lalu, kerjasama antara China dan Singapura semakin rapat khususnya dalam bidang teknologi canggih, kewangan, ekonomi hijau dan harta tanah. Perdagangan dan pelaburan mencatatkan pertumbuhan yang agak besar.

Tambah beliau, berbanding masa dulu, kini China lebih mengambil berat perkembangan berkualiti yang memerlukan pengenalan teknologi canggih dan bakat berstandard. Singapura mempunyai kelebihan tersebut dalam aspek ini. Dengan status ekonomi China kembali normal, banyak perusahaan asing akan melabur atau memasuki semula pasaran China. Hanya dengan menyesuaikan diri terhadap dasar industri dan strategi negara masa ini, barulah dapat merebut peluang terbaik dan mewujudkan situasi menang-menang.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan