- Lain-lain
Kenderaan Tenaga Baharu Rangsang Pertumbuhan Ekonomi (2)
Kenderaan tenaga baharu (NEV) yang dikeluarkan oleh syarikat Chery di daerah Yijiang, bandar Wuhu, provinsi Anhui pada 7 Januari 2023. |
Kenderaan tenaga baharu (NEV) menjadi titik pertumbuhan baharu ekonomi China apabila jumlah pengeluaran dan penjualan NEV di negara ini masing-masing mencatat 2.66 juta dan 2.6 juta pada setengah pertama tahun 2022.
Kedua-dua angka tersebut sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak 1.2 kali ganda berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Untuk rekod, jumlah pengeluaran dan penjualan NEV di negara Tembok Besar ini menduduki tempat pertama di dunia selama tujuh tahun secara berturut-turut, sejak 2015.
Manakala di kawasan luar bandar pula, NEV juga mendapat sambutan baik.
Dengan pelaksanaan dasar insentif kerajaan, jumlah penjualan NEV di kawasan luar bandar melebihi sejuta pada 2021 dan meningkat 169 peratus berbanding tahun terdahulu.
Kini, terdapat 70 model NEV dari 26 syarikat dijual di pasaran luar bandar pada 2022.