- Lain-lain
Bilangan Burung Hijrah Terancam Catat Rekod di Hainan (2)
“Tinjauan Burung Air Hijrah Hainan 2023” yang berlangsung selama tiga hari selesai pada 8 Januari. Tinjauan tersebut melibatkan 30 ahli pasukan peninjau yang dibahagikan kepada 14 kumpulan dan meliputi 76 habitat burung air hijrah di pesisir laut Pulau Hainan.
Pasukan peninjau mencatatkan 201 ekor burung Black-faced Spoonbill di beberapa kawasan simpanan alam semula jadi di bandar Dongfang dan bandar Danzhou. Spesies itu pertama kali dilihat di Pantai Perak, Pekan Guangcun, bandar Danzhou. Bilangan Black-faced Spoonbill tahun ini melebihi 200 ekor buat julung kalinya sejak Hainan menyertai program “Tinjauan Burung Black-faced Spoonbill Segerak Global” pada 2003 dan menunjukkan peningkatan yang agak banyak berbanding tahun lepas.
Hasil tinjauan Hainan tersebut bakal diumumkan secara terperincinya pada 2 Februari, iaitu Hari Tanah Lembap Sedunia.
Burung Black-faced Spoonbill tergolong dalam keluarga Threskiornithidae. Ia dianggap sebagai spesies utama dalam pemuliharaan burung air di Asia Timur, dan juga burung terancam peringkat global serta haiwan liar dilindungi negara peringkat pertama.