- Lain-lain
Rombongan Pelancong Rentas Sempadan Pertama Bertolak Setelah Tiga Tahun
Rombongan pelancong rentas sempadan pertama bertolak dari bandar Guangzhou.(Sumber gambar: China Youth Daily) |
Pada malam 5 Februari, hampir 50 pelancong berkumpul di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou bagi menaiki penerbangan Emirates EK363 yang bertolak pada 12.15 tengah malam 6 Februari. Mereka adalah anggota rombongan pelancongan “Lawatan Enam Hari ke Dubai dan Abu Dhabi” serta “Lawatan Sepuluh Hari ke Mesir”. Mereka juga rombongan pelancong yang pertama setelah pelancongan rentas sempadan dalam bentuk rombongan digantung sejak wabak COVID-19 melanda China tiga tahun yang lalu.
Pada 26 Januari 2020, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan mengumumkan agensi pelancongan dan platform dalam talian di seluruh China berhenti menawarkan pakej pelancongan dalam bentuk rombongan serta perkhidmatan tempahan “tiket + hotel”. Mulai 8 Januari 2023, perkhidmatan visa pelancongan bagi warga China dipulihkan secara teratur. Mulai 6 Februari 2023, perkhidmatan pelancongan rentas sempadan dalam bentuk rombongan dihidupkan semula, para agensi dan platform pelancongan segera melancarkan produk berkenaan dan menarik pelanggan.
Rombongan pertama tersebut dikendalikan oleh GZL International Travel Service Bhd yang berpangkalan di Guangzhou. Antaranya, anggota yang paling muda berumur 24 tahun dan yang paling berusia, 80 tahun.
Dimaklumkan bahawa selain rombongan tersebut yang bertolak pada 12.15 tengah malam, terdapat juga tiga lagi rombongan rentas sempadan GZL menaiki penerbangan China Southern Airlines ke Thailand dan Kemboja dengan jumlahnya mencecah 150 orang.
Dalam tempoh beberapa hari yang akan datang, destinasi-destinasi pelancongan di luar negara China masing-masing akan menerima ketibaan rombongan pelancong pertama dari China.
- Asia Tenggara Alu-alukan Kedatangan Pelancong China
- Perjalanan Warga China ke Luar Negara Meningkat Ketara
- Greece Alu-alukan Kedatangan Pelancong China
- Menteri Pelancongan Filipina Sambut Kedatangan Pelancong China
- Dunia Alu-alukan Pelancong China
- Thailand Alu-alukan Kedatangan Pelancong China
- Pelancongan Outbound China Pulih, Fokus Pasaran Global