99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Pelancongan Outbound China Pulih, Fokus Pasaran Global

(CRI)Isnin 09 Januari 2023

Langkah pengubahsuaian terhadap pengurusan imigrasi melibatkan jangkitan virus COVID-19 dilaksanakan secara rasmi di China bermula 8 Januari lalu. Pelancongan outbound telah dipulihkan seiring dengan perubahan situasi wabak di dunia dan peningkatan jaminan dan perkhidmatan berkenaan di dalam negeri. Respons hangat turut terasa dalam pasaran pelancongan global yang bersikap ramah mengalu-alukan kedatangan pelancong China.

Seorang pengurus besar dari sebuah agensi pelancongan Mesir menyatakan bahawa industri pelancongan negaranya terjejas teruk semasa penularan wabak. Pemulihan pelancongan outbound China sekarang ini membawa harapan kepada pengusaha pelancongan Mesir. Beliau berharap agar pelancong China dapat melawat Mesir seawal mungkin.

Terdapat data dari Pertubuhan Pelancongan Sedunia PBB (UNWTO) yang mendedahkan bahawa China antara negara penggunaan pelancongan outbound utama di dunia sebelum tercetusnya wabak. Langkah pencegahan dan kawalan wabak yang sudah dikemaskini China dijangka akan memberi pengaruh positif terhadap pembangunan industri pelancongan baik di China mahupun di persada dunia.

Boleh dijangka bahawa banyak destinasi di seberang laut akan dibanjiri pelancong China semasa cuti Tahun Baru Cina (TBC) 2023.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan