99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Jumlah Promosi Produk Tradisional China di Negara Luar Saksi Peningkatan

(CRI)Isnin 20 Februari 2023
Jumlah Promosi Produk Tradisional China di Negara Luar Saksi Peningkatan

Tidak lama dahulu, bekas cloisonné China, "Zun of Peace" terpapar pada skrin besar Times Square di New York, Amerika Syarikat dengan berlatarbelakangkan warna merah sehingga orang ramai dari seluruh dunia menikmati daya tarikan kesenian dan kemahiran tradisional China.

Cloisonne adalah sejenis teknik kesenian yang paling utama digunakan untuk menghias peralatan logam dan mempunyai sejarah lebih 500 tahun di China.

Selain daripada cloisonné China, terdapat juga pelbagai produk jenama tradisional China dipromosikan ke luar negara pada masa ini.

Sebagai contoh, Pien Tze Huang, sejenis ubat tradisional China yang mempunyai kesan mengeluarkan unsur beracun yang memanaskan badan, anti-radang dan melegakan kesakitan serta mengurangkan lebam dan stasis darah.

Setelah berakhirnya Tahun Baharu Cina, pengeluaran Pien Tze Huang sibuk dijalankan di bengkel-bengkel bandar Zhangzhou, provinsi Fujian China untuk membolehkan ubat tersebut dijual ke banyak negara termasuk Indonesia, Thailand dan Singapura.

Selain itu, Shanghai juga giat mempromosikan basikalnya yang berjenama Phoenix ke pasaran luar.

Pada masa ini, basikal elektrik dengan baterai Lithium-Ion keluaran bandar itu telah menembusi pasaran banyak negara.

Untuk rekod, jenama tradisional China peringkat kebangsaan mencatat 1,128 buah, manakala peringkat tempatan menokok sebanyak 3,277 buah yang membabitkan lebih 20 sektor termasuk pemprosesan makanan, katering dan perkhidmatan penduduk awam.

Seiring dengan penembusan pasaran antarabangsa, produk jenama tradisional China yang bersejarah lama dan mempunyai nilai dari segi ekonomi dan kebudayaan tersebut mampu menceritakan mengenai kisah sejarah China untuk pengguna asing.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan