- Lain-lain
KDNK China Langkaui RMB 121 T pada 2022
Biro Statistik Negara China (NBS) mengumumkan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China dicatatkan sebanyak RMB121.02 trilion yuan (RM78.54 trilion) pada tahun 2022.
Menurut NBS dalam laporan pembangunan sosioekonomi China 2022 pada Selasa, angka tersebut sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak tiga peratus berbanding tahun sebelumnya.
Daripada jumlah tersebut, nilai tambah industri pertama menduduki 7.3 peratus dalam KDNK, manakala industri kedua dan ketiga masing-masing menduduki 39.9 peratus dan 52.8 peratus.
Memetik laporan tersebut, agregat ekonomi China pada tahun-tahun mutakhir ini mencapai kenaikan secara konsisten dengan tahun 2020, 2021 dan 2022 masing-masing melebihi RMB100 trilion (RM64.89 trilion), RMB110 trilion (RM71.39 trilion) dan RMB120 trilion(RM77.88 trilion).
Untuk rekod, sekiranya dikira mengikut kadar tukaran purata tahunan, agregat ekonomi China direkodkan sebanyak USD18 trilion, iaitu menduduki tempat kedua di dunia.
Ketua penyelidik Pusat Komunikasi Ekonomi Antarabangsa China, Zhang Yansheng berkata, kadar pertumbuhan ekonomi China mencapai 3peratus, manakala kadar pengambilan pekerja pula berprestasi baik pada 2022 dan indeks harga pengguna (IHP) kekal pada tahap 2 peratus.
"Boleh dikatakan, pembangunan sosioekonomi China kekal stabil dan mampan pada tahun 2022."
Beliau menambah bahawa intensiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) mencatatkan 2.55 peratus pada tahun lepas, dengan jumlah skala dana R&D dalam masyarakat awam melebihi RMB3 trilion (RM1.94 trilion).
"Selain itu, pelbagai sektor baharu termasuk bateri fotovolta, kenderaan tenaga baharu juga berkembang baik," ujar beliau.