- Lain-lain
China Bantah Tindakan AS yang Bermuka Dua
Mengenai dakwaan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken yang memfitnah China 'menunggu dan memanfaatkan kesempatan' dari kedua-dua pihak berkonflik Rusia dan Ukraine, Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa China sentiasa memegang pendirian objektif dan adil, berusaha mendorong rundingan bagi penyelesaian krisis melalui langkah politik. Mao mendesak AS yang bermuka dua sebaiknya bertindak mengkaji diri dan menghentikan lakonan politiknya.
Menurut Mao, AS berlagak besar bahawa pihaknya menghormati kedaulatan wilayah setiap negara, tetapi bertindak melanggar komitmen politik yang dibuatnya kepada China dalam isu Taiwan, misalnya tidak berhenti menjual senjata canggih kepada Taiwan. AS melabelkan diri sebagai pencinta kedamaian, namun bertalu-talu mencetuskan peperangan dan menghasut pertentangan di seluruh dunia. AS berlagak menegaskan perlu melindungi tata tertib antarabangsa, namun asyik melakukan sekatan sepihak yang haram berdasarkan rujukan undang-undang domestiknya yang diletakkan di atas undang-undang antarabangsa. AS yang mencanangkan perlu bersaing secara adil, selalu bertindak sebalik dengan menginjak-injak peraturan perdagangan antarabangsa, misalnya mengenakan sekatan dan penindasan terhadap syarikat negara lain berdasarkan kuasa negaranya tanpa alasan.
Mao berkata, AS sebaiknya bertindak mengkaji diri dan memikul tanggungjawab untuk mendorong rundingan damai di kawasan berkonflik, di samping berhenti memfitnah dan menuding jari terhadap negara lain.
- AS Lagi Menolak Pemilihan Hakim Baharu Badan Rayuan WTO
- Injak-injak Peraturan Antarabangsa, Kelakuan AS Dibidas
- Laporan ‘Hegemoni AS dan Bahayanya’ Disiarkan
- China Bantah AS Tembak Jatuh Belonnya yang Menyimpang
- Asia Pasifik Bukan Medan Persaingan Geopolitik
- AS Digesa Jangan Lampaui Batas China
- AS, Pensabotaj Sistem Dagangan Pelbagai Hala
- AS Digesa Henti Coret Arang pada Muka China
- China Bantah 'Larangan Pelaburan' AS
- Sekatan Sepihak AS Dibidas Perbuatan Hegenomi dalam Perhimpunan PBB