- Lain-lain
Jiangxi: Usaha Capai Pembangunan Hijau
Kerajang tembaga ultra-nipis dihasilkan di sebuah bengkel di taman perindustrian ekonomi pekeliling. (foto: Shi Yu/People.cn) |
Di sebuah bengkel yang beroperasi di Taman Perindustrian Ekonomi Pekeliling Fengcheng, provinsi Jiangxi, kerajang tembaga elektronik ultra-nipis kelihatan seolah-olah “diludahkan” keluar dari mesin yang menghasilkannya.
Kerajang tembaga yang lebih nipis daripada rambut manusia ini dibuat daripada sisa logam. Selepas diproses dengan teknologi canggih, bahan tersebut dapat digunakan dan dikitar semula, sesuai dengan matlamat pembangunan hijau dan karbon rendah.
Bandar Fengcheng ialah pusat pengumpulan dan pengedaran bahan buangan yang terkenal di China, juga pusat untuk logam kitar semula yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan. Tahun-tahun kebelakangan ini, Fengcheng mengamalkan konsep pembangunan hijau dan memberi tumpuan kepada ekonomi pekeliling, berjaya membentuk kluster industri “kitar semula-pembongkaran-pengasingan-peleburan-pemprosesan-pemprosesan intensif”. Pada masa yang sama, Fengcheng juga memandang tinggi inovasi teknologi, bekerjasama dengan universiti, dan mendorong pembinaan platform penyelidikan industri-universiti, supaya memandu perkembangan industri ke tahap yang lebih tinggi.
- Neutraliti Karbon Tawar Peluang Kerjasama Pelbagai Hala
- Unsur “Hijau” Makin Menonjol dalam Ekonomi China
- Industri Hijau, Momentum Baharu Ekonomi China
- China Edarkan Kertas Putih Mengenai Pembangunan Hijau
- Industri Perhutanan China 2022 Berprestasi Cemerlang
- Hohhot: Ekologi Mempesona Serlah Pembangunan Hijau Berteknologi Tinggi
- Shanghai Umum Fasa III Projek Kitar Semula Sampah Basah
- Tambah Baik Piawaian Kewangan, Tingkatkan Pembangunan Hijau
- Peluang Kedua buat Gajet Terpakai
- Galakkan Aliran Sumber Tenaga Hijau di Rantau Asia-Pasifik
- Forum China CEO APEC 2022 Tumpu Kerjasama Ekonomi Hijau