- Lain-lain
China, Indonesia Iltizam Bergandingan Menuju Modenisasi
China bersedia bergandingan bersama Indonesia ke arah modenisasi sekali gus menggalakkan pembangunan dan kemakmuran serantau, kata Menteri Luar Qin Gang.
Qin berkata China ingin bersinergi bersama Indonesia untuk memperkukuh kesalingpercayaan strategik dan kerjasama pragmatik dengan mengikut bimbingan ketua negara.
"Pertukaran lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara akan direncanakan dengan baik demi mengoptimumkan reka bentuk peringkat atas ke arah komuniti berkongsi nasib," katanya semasa bertemu Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan di Beijing pada Rabu.
Qin menekankan perlunya memastikan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung siap seperti yang dirancang, serta menggerakkan projek utama termasuk Koridor Ekonomi Komprehensif Serantau dan 'dua negara, dua taman'.
"Usaha juga perlu digandakan untuk memupuk titik pertumbuhan baharu dalam kerjasama bilateral membabitkan infrastruktur, bandar pintar, tenaga hijau dan sebagainya," tambah beliau.
Sementara itu, Luhut berkata pihaknya bersedia terus memperdalam kerjasama dengan China dalam bidang teknologi, maritim, perikanan, perubatan dan lain-lain.
Beliau turut menyuarakan harapan agar dapat berganding bahu bersama China untuk mendorong kerjasama Selatan-Selatan dan melindungi kepentingan negara-negara membangun.
- Pembangunan Berkualiti Cetus Peluang Penting kepada Kerjasama China-Indonesia
- China: ASEAN Masih Keutamaan dalam Diplomasi Negara Jiran
- China, Indonesia Iltizam Maju Bersama
- Kapal Hospital "Bahtera Damai" Balik ke China
- Aroma Kopi Bangkit Nostalgia Bekas Perantau
- China Sedia Bantu Indonesia Tangani Bencana Gempa
- China dan Indonesia Setuju Bina Komuniti Berkongsi Nasib
- Wang Yi Bertemu Menter Penyelaras Indonesia Luhut
- China, Indonesia Ikrar Mantapkan Lagi Kerjasama
- Xi Jinping Bertemu Presiden Indonesia, Joko Widodo