99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Hidup Lebih Mudah apabila Petani Guna Teknologi (3)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 11 April 2023

Rumah hijau pintar yang digunakan untuk menanam tomato di Shouguang menampilkan lebih daripada 120 teknologi yang dipatenkan dan dibangunkan oleh sebuah pasukan dari Akademi Kejuruteraan China. (foto: China Daily)

Rumah hijau pintar yang digunakan untuk menanam tomato di Shouguang menampilkan lebih daripada 120 teknologi yang dipatenkan dan dibangunkan oleh sebuah pasukan dari Akademi Kejuruteraan China. (foto: China Daily)

Teknologi tanpa tanah

Petani di utara Shouguang yang mempunyai tanah dengan kandungan garam yang tinggi menghasilkan tomato dengan menggunakan teknologi penanaman tanpa tanah.

Di kampung-kampung di Pusat Pembangunan Ekonomi Ekologi Shuangwangcheng, tanaman-tanaman ini dihasilkan dengan kaedah sedemikian iaitu menggunakan campuran pasir dan sisa bara.

Petani di kawasan itu berkata tomato bernilai 60,000 yuan (38,470 ringgit) boleh dihasilkan di setiap mu (0.067 hektar) tanah apabila kaedah sedemikian digunakan.

Dua dekad yang lalu, petani di kampung ini hanya memperoleh 500 yuan daripada setiap mu tanah kerana kandungan garam yang tinggi di dalam tanah.

Han Xiangjun, yang mengusahakan ladang di kampung Nanqiaomu, berkata, "Tanah di sini dahulu digelar 'tanah putih', kerana kandungan garam yang tinggi meninggalkan 'fros' tersendiri di lapisan atas."

"Di tanah ini, kami hanya boleh menanam kapas, yang hasilnya cuma sedikit."

Petani di kampung itu telah menggunakan teknologi tanpa tanah untuk menanam tomato di rumah hijau sejak tahun 2000.

"Kami menggunakan sistem pengairan titisan untuk menyiram tanaman dan membekalkan nutrien. Cara ini banyak menjimatkan air," kata Han.

"Menggunakan campuran penanaman tanpa tanah membolehkan kami menghasilkan tanaman yang lebih sihat tanpa ancaman penyakit bawaan tanah. Tumbuhan yang ditanam dalam campuran tanpa tanah juga kurang potensi untuk dirosakkan oleh perosak."

"Jika sistem tanpa tanah berfungsi dengan betul, ia hanya memerlukan penyelenggaraan yang sangat rendah, namun boleh menghasilkan pengeluaran yang tinggi."

Apabila petani menjadi mahir dalam menggunakan teknologi tanpa tanah, mereka menanam lebih banyak jenis buah-buahan dan sayur-sayuran untuk meningkatkan pendapatan.

Cui, penduduk kampung Cuilingxi, berkata: "Teknologi pintar telah menjadikan kerja kami lebih mudah dan cekap. Menjadi seorang petani tidak lagi sukar seperti dahulu."

Gaya Hidup

Berita Berkaitan