99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Menteri Luar China, Pemimpin de facto Myanmar, Adakan Pertemuan Empat Mata

(CRI)Rabu 03 Mei 2023

Menteri Luar China, Qin Gang pada Selasa bertemu dengan pemimpin de facto merangkap Panglima Angkatan Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing di Naypyidaw, ibu kota Myanmar.

Qin dalam ucapannya menyuarakan harapan China agar situasi di Myanmar kembali stabil, serta berkembang maju.

Beliau berkata, China menyokong Myanmar menerokai jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan realiti negara sendiri serta bercirikan Myanmar.

“China juga mahu Myanmar terus mendorong proses transformasi politik, menyokong pelbagai pihak di Myanmar menangani perselisihan dalam kerangka perlembagaan dan undang-undang sehingga menemui jalan penyelesaian,” ujar Qin.

Menurut beliau, China menyeru masyarakat antarabangsa menghormati kedaulatan Myanmar dan memainkan peranan membina dalam penyelesaian perselisihan secara aman.

“China akan terus memberi bantuan bagi pembangunan negara itu, selain mempergiat pelaksanaan projek Koridor Ekonomi China-Myanmar dan program lain yang menguntungkan rakyat dalam bidang pertanian, pendidikan dan perubatan,” kata Qin.

Dalam konteksi hubungan Myanmar dengan Bangladesh, beliau menyatakan bahawa China menyokong kedua-dua negara itu memperbaiki hubungan, menyelesaikan isu berkenaan melalui rundingan, di samping bersedia menjalankan kerjasama dengan kedua-dua negara itu.

Aung Hlaing dalam gilirannya berkata, sejak Myanmar dan China menjalinkan hubungan diplomatik pada 70 tahun yang lalu, hubungan kedua-dua negara kekal berkembang dan mencapai hasil yang memuaskan.

“Myanmar bersama-sama China untuk terus meningkatkan kerjasama persahabatan bilateral, secara aktif membentuk komuniti berkongsi nasib Myanmar-China.

“Myanmar menyanjung tinggi terhadap China yang memegang pendirian objektif dan adil dalam isu melibatkan Myanmar, justeru kami mengalu-alukan China untuk terus memainkan peranan yang lebih besar,” katanya.

Tambah Aung Hlaing, pihaknya memandang serius keselamatan warga dan agensi China di Myanmar, bersedia bekerjasama dengan China untuk melindungi kesejahteraan kawasan sempadan antara kedua-dua negara.

Sempena tempoh lawatan di Myanmar, Qin juga bertemu dengan bekas Pengerusi Jawatankuasa Keamanan dan Pembangunan Negara Myanmar, Than Shwe dan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya negara itu, U Than Swe.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan