99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

GAMF Fokus Tindak Balas terhadap Perubahan Landskap Dunia

(CRI)Isnin 20 Mac 2023

Persidangan tahunan 2023 Forum Pengurusan Aset Global (GAMF) membuka tirainya di Beijing pada Sabtu, dengan menghimpunkan pemimpin dan pakar sektor kewangan dari dalam dan luar negeri untuk membincangkan tindak balas terhadap landskap dunia yang berubah.

Pengerusi GAMF yang juga bekas Menteri Kewangan China, Lou Jiwei berkata kerajaan China akan terus memperkasa usaha untuk menarik dan memanfaatkan modal asing pada tahun ini.

Menurut beliau, usaha berkenaan akan giat digerakkan menerusi langkah-langkah seperti meluaskan lagi akses pasaran, meningkatkan keterbukaan sektor perkhidmatan moden dan memantapkan layanan nasional (NT) kepada syarikat asing.

Selain itu, China terlibat secara aktif dalam menganggotai perjanjian dagangan berkualiti antaranya Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), di samping terus memperkasa keterbukaan secara keinstitusian.

Lou turut meluahkan keyakinan bahawa pasaran China yang terbuka akan terus menyediakan lebih banyak peluang kepada syarikat asing untuk mengembangkan sayap mereka di negara ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan