- Lain-lain
Generasi 90-an Penyumbang Utama Pelancongan Rentas Sempadan
Sejak pelonggaran dasar-dasar berkaitan pergerakan rentas sempadan awal tahun ini, cuti Hari Pekerja menjadi masa keemasan bagi warga China untuk melancong ke luar negara. Menurut statistik diterbitkan beberapa platform pelancongan, jumlah tempahan pakej rentas sempadan menyaksikan peningkatan ketara dalam tempoh cuti itu. Tempat-tempat di Asia yang dekat menjadi destinasi pilihan pelancong Tanah Besar China.
Menurut data Ctrip, jumlah tempahan yang diterima platform itu meningkat 700% tahun ke tahun dengan tempahan penerbangan rentas sempadan serta tempahan hotel luar negara masing-masing meningkat hampir 900% dan 450% berbanding masa sama tahun lalu. Manakala statistik Tongcheng menunjukkan jumlah tempahan hotel luar negara telah melebihi masa sama tahun 2019 dan jumlah tempahan penerbangan antarabangsa juga pulih ke tahap pra-pandemik COVID-19.
Statistik Fliggy pula menunjukkan generasi 1990-an menjadi penyumbang utama dalam pelancongan rentas sempadan, iaitu melebihi 60%. Selain itu, generasi yang lahirnya sekitar tahun 2000 dan 2005 mula menunjukkan minat untuk melancong rentas sempadan.
Pelancong melawat Istana Besar di Bangkok, Thailand pada 1 Mei. (Xinhua/Wang Teng)
Dengan pergerakan rentas sempadan semakin dipermudah, tempahan penerbangan rentas sempadan dalam tempoh cuti Hari Pekerja telah pulih kepada 45% daripada masa sama pra-pandemik (1 hingga 4 Mei 2019), menurut statistik Qunar. Purata harga tiket penerbangan ke Thailand, Malaysia dan Singapura menurun kira-kira 40% berbanding cuti Tahun Baharu Cina yang lalu.
Kebanyakan orang memilih Hong Kong, Macau serta bandar-bandar Asia Tenggara sebagai destinasi percutian kerana jarak yang dekat. Dapatan Ctrip menunjukkan 70% daripada destinasi pelancongan rentas sempadan adalah di Asia Tenggara. Hong Kong, Macau, Taipei, Bangkok, Singapura, Pulau Phuket, Seoul, Tokyo, Kuala Lumpur dan Osaka antara destinasi paling popular.
Menurut laporan Mafengwo, pelancongan rentas sempadan dalam tempoh cuti itu juga memperlihatkan trend baharu. Filem The First Slam Dunk yang baru ditayangkan di China menjadikan Kamakura destinasi hangat di kalangan pemuda dengan popularitinya meningkat 350%. Selain itu, Mesir juga semakin diminati pelancong muda dengan popularitinya meningkat 180%. Di samping tarikan yang telah lama diketahui umum seperti muzium, piramid dan kuil, pelayaran menyusuri Sungai Nil juga menarik ramai pemuda China.
Pelancong melawat Piramid Agung Giza di Mesir pada 1 Mei. (Xinhua/Sui Xiankai)
- China Pulih Pakej Lawatan Berkumpulan ke 60 Negara
- Ekonomi Asia Tenggara Dapat Pernafasan Baharu Berkat Pemulihan Pelancongan Outbound China
- China Terus Sokong Pergaulan Rakyat dan Pertukaran Ekonomi dengan Luar Dirapatkan
- Thailand Sambut Rombongan Pelancong Pertama dari China Sejak Pandemik Melanda
- Singapura Tidak Sabar Terima Pelancong China
- Rombongan Pelancong Rentas Sempadan Pertama Bertolak Setelah Tiga Tahun
- Asia Tenggara Alu-alukan Kedatangan Pelancong China
- Perjalanan Warga China ke Luar Negara Meningkat Ketara
- Greece Alu-alukan Kedatangan Pelancong China
- Menteri Pelancongan Filipina Sambut Kedatangan Pelancong China