- Lain-lain
Thailand Sambut Rombongan Pelancong Pertama dari China Sejak Pandemik Melanda
Pelancong China bergambar dengan staf tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok pada 6 Februari. (Sumber gambar: Xinhua) |
Tiga tahun setelah pandemik COVID-19 melanda dunia, rombongan pelancongan pertama dari China tiba di ibu kota Thailand, Bangkok pada Isnin. Ketibaan mereka disambut baik oleh pegawai-pegawai dari Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) serta Kedutaan Besar China di Thailand.
Sudah lama pelancong China menjadi penyumbang penting kepada sektor pelancongan negara Asia Tenggara itu. Pada tahun 2019, iaitu setahun sebelum pandemik, Thailand menerima sejumlah 40 juta pelancong antarabangsa, satu pertiga daripadanya dari China.
Mulai Isnin, China memulihkan pelancongan rentas sempadan dalam bentuk rombongan ke 20 negara, termasuk Thailand, Maldives, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Rusia dan New Zealand.
Kata Yuthasak Supasorn, ketua TAT, pihaknya amat berbesar hati Thailand tersenarai antara 20 negara tersebut.
Beliau turut memaklumkan bahawa kembalinya pelancong China amat penting bagi pemulihan ekonomi Thailand, dan pihaknya telah menetapkan sasaran untuk menarik lebih 2 juta pelancong China datang melawat pada tahun ini.
- Singapura Tidak Sabar Terima Pelancong China
- Rombongan Pelancong Rentas Sempadan Pertama Bertolak Setelah Tiga Tahun
- Asia Tenggara Alu-alukan Kedatangan Pelancong China
- Perjalanan Warga China ke Luar Negara Meningkat Ketara
- Greece Alu-alukan Kedatangan Pelancong China
- Menteri Pelancongan Filipina Sambut Kedatangan Pelancong China
- Dunia Alu-alukan Pelancong China
- Thailand Alu-alukan Kedatangan Pelancong China
- Pelancongan Outbound China Pulih, Fokus Pasaran Global