- Lain-lain
Inap Desa Ningxia Tarik Ramai Pengunjung (3)
Pasar kraftangan telah menarik pelancong ke Zhongwei. (foto: China Daily)
Pihak berkuasa memberitahu bahawa perkembangan pesat lawatan inap desa telah meningkatkan populariti hasil tempatan termasuk jujube, keledek kering dan wain merah.
Chen Zupin, seorang pelabur utama inap desa memberitahu bahawa kadar penghunian di inap desanya di tepi Sungai Kuning adalah 69 peratus tahun lepas meskipun terjejas akibat COVID-19, dengan kadar tertinggi antara Jun dan September.
Chen telah membuka lima inap desa, restoran, kedai buku serta galeri seni dan telah menganjurkan beberapa lawatan ke padang pasir dan kampung purba yang telah menjana pendapatan antara 40 juta hingga 60 juta yuan (sekitar 26 juta hingga 39 juta ringgit) setahun dalam dua tahun sebelumnya.