- Lain-lain
Duta Besar Baharu Bersedia Tingkatkan Interaksi dan Kerjasama China-AS
Xie Feng, Duta Besar China ke Amerika Syarikat (AS) yang baru memulakan tempoh perkhidmatannya, telah tiba New York semalam waktu tempatan dan turut menghadiri sesi temu ramah dengan warga media dan tokoh pelbagai bidang di lapangan terbang.
Menurut Xie, beliau berbangga mendapat amanah Presiden Xi untuk menyandang jawatan Duta Besar China ke-12 di AS. Xie menekankan bahawa tiga prinsip iaitu saling menghormati, mengekalkan keamanan, kerjasama dan menang-menang yang dikemukakan Presiden Xi merupakan pendekatan yang tepat bagi pergaulan kedua-dua negara pada zaman serba baharu ini. Diharapkan AS berusaha menuju ke arah yang sama demi kepentingan bersama kedua-dua negara dan rakyat sedunia, di samping menangani sejumlah isu utama yang sensitif seperti isu Taiwan berdasarkan tiga Pengumuman Bersama, meningkatkan dialog, mengawal perselisihan, mendorong kerjasama sehingga hubungan China-AS kembali ke landasan yang betul.
Xie meluahkan harapannya agar berpeluang melakukan interaksi dengan tokoh dari pelbagai lapisan masyarakat AS secara meluas, mendekati masyarakat tempatan di samping mendorong interaksi dan kerjasama terbabit.
- China Harap AS Bekerjasama Perbaiki Hubungan Bilateral
- China, AS Boleh dan Perlu Bekerjasama: PM Li
- China dan AS perlu Bina Hubungan Saling Untung
- AS Digesa Tunjuk Keikhlasan, Betulkan Kesalahan
- AS Digesa Bentuk Penginsafan Objektif dan Rasional terhadap China
- China, AS Perlu Kekal Komunikasi, Elak Salah Tanggap
- China AS Bincang Isu Ekonomi dan Cabaran Global
- China Alu-alukan Lawatan Blinken
- Qin Gang, Antony Blinken Bual Melalui Telefon
- China, AS Perlu Laksanakan Konsensus Presiden di Bali