- Lain-lain
China Pacu Pembangunan Hijau Sektor Perindustrian
Sektor perindustrian China mencapai hasil yang memberangsangkan dalam aspek pembangunan hijau, menurut Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT).
Naib Menterinya, Xin Guobin berkata seiring dengan pengoptimuman dan penaiktarafan struktur perindustrian yang dipacu oleh transformasi digital, penggunaan tenaga dalam sektor berkenaan menurun dengan ketara, sementara kecekapan penggunaan tenaga dan sumber terus meningkat.
Xin turut menekankan peri pentingnya untuk mempercepat transformasi pendigitalan dalam proses perkilangan.
"Usaha perlu digandakan untuk memacu perubahan cara pengeluaran menerusi transformasi digital, di samping menggalakkan pembangunan teknologi maklumat generasi baharu seperti 5G, data raya dan kecerdasan buatan (AI).
"Pengurusan terhadap tenaga, sumber dan persekitaran juga perlu terus dinaik taraf bagi memperkasakan pembuatan hijau," kata beliau dalam Persidangan Pembangunan Hijau Industri 2023 di Guangzhou pada Khamis.
Menurut data terkini, sejumlah 3,616 kilang mesra alam, 267 taman perindustrian hijau dan 403 perusahaan pengurusan rantaian bekalan hijau peringkat negara telah dibina di China setakat hujung April lalu.
Dalam pada itu, purata kadar penggunaan dan pengurusan sisa pepejal di taman perindustrian hijau melepasi 95 peratus.
China juga telah membina lebih 2,500 bengkel digital dan kilang pintar buat masa ini, sekali gus membantu mempertingkatkan tahap keselamatan dan pembangunan hijau dalam sektor perindustrian seperti keluli dan petrokimia.
Pada masa sama, kapasiti bekalan produk hijau turut meningkat dengan ketara menyaksikan output link utama dalam rantaian industri fotovolta (PV) China menyumbang lebih 70 peratus daripada keseluruhannya di dunia.
- Industri Kejenteraan Beralih ke Arah Pintar dan Hijau
- Forum Data Dunia PBB Buka Tirai di Hangzhou
- China Capai Kemajuan Signifikan dalam Usaha Penghijauan
- Jiangxi: Usaha Capai Pembangunan Hijau
- Neutraliti Karbon Tawar Peluang Kerjasama Pelbagai Hala
- Unsur “Hijau” Makin Menonjol dalam Ekonomi China
- Industri Hijau, Momentum Baharu Ekonomi China
- China Edarkan Kertas Putih Mengenai Pembangunan Hijau
- Industri Perhutanan China 2022 Berprestasi Cemerlang
- Hohhot: Ekologi Mempesona Serlah Pembangunan Hijau Berteknologi Tinggi