- Lain-lain
Xi Tinjau Tentera Udara Kawasan Medan Barat
Menjelang ulang tahun tertubuhnya Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) yang jatuh pada 1 Ogos, Presiden China Xi Jinping mengadakan tinjauan ke tentera udara di Kawasan Medan Barat pada 26 Julai lalu.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC), mewakili Jawatankuasa Pusat PKC dan CMC menyampaikan mogaan baik kepada semua pegawai dan askar tentera udara di Kawasan Medan Barat, serta menzahirkan ucapan selamat hari tentera China kepada seluruh anggota PLA, Angkatan Polis Bersenjata Rakyat China, pegawai awam yang berkhidmat di tentera, pasukan militia, dan angkatan simpanan.
Beliau menegaskan pentingnya untuk menyemarakkan semangat Kongres Kebangsaan ke-20 PKC, mempraktikkan fikiran menguatkan tentera pada era baharu, melaksanakan strategi ketenteraan pada era baharu, mempercepat pembinaan pemodenan angkatan tentera, serta komited menyelesaikan pelbagai misi yang diamanahkan oleh Parti dan rakyat.
Xi turut mahu usaha dipercepat untuk meningkatkan daya bertempur dengan kelengkapan dan kekuatan baharu, yang dapat diintegrasikan ke dalam sistem pertempuran secara berkesan.
- Perhebat Tadbir Urus Tentera, Dorong Pembangunan Berkualiti Tinggi PLA: Xi
- Pentingnya Pertingkat Kepimpinan Parti ke atas Tentera:Xi
- Xi Tinjau Teater Timur PLA
- AS Didesak Henti Calar Imej Tentera China
- Tempa ‘Tembok Besar Keluli’, Pertahan Sempadan Negara: Xi
- Kapal Tentera Laut China Sertai LIMA 2023
- Xi Harap Kru Kapal Selam Jadi Angkatan Elit
- Xi Tinjau Tentera Laut Markas Teater Selatan PLA
- PLA Adakan Rondaan, Latihan di Sekitar Pulau Taiwan
- Xi Tandatangan Perintah, Kuatkuasakan Peraturan Kehormatan Anggota Tentera