99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Presiden Xi Umumkan Perasmian Universiade ke-31 (8)

(CRI)Isnin 31 Julai 2023
Presiden Xi Umumkan Perasmian Universiade ke-31

Sukan Universiti Musim Panas Dunia (Universiade) yang ke-31 dirasmikan di bandar Chengdu malam Jumaat, dan disempurnakan dengan kehadiran Presiden China, Xi Jinping. Ucapan yang disampaikannya dalam majlis pembukaan menandakan bermulanya temasya sukan itu.

Setelah Xi dan isterinya Peng Liyuan berjalan masuk ke rostrum bersama pemangku Pengerusi Persatuan Universiade Antarabangsa, Leonz Eder pada pukul 7:58 malam, majlis pembukaan dimulakan dengan pertunjukan bunga api yang berfungsi sebagai latar belakang kira detik, dan persembahan "Matahari dan Burung Dewa" yang dijadikan logo Warisan Budaya China.

Parade kontinjen bermula pada pukul 8:07 malam dengan kehadiran kontinjen universiti dari 113 negara dan wilayah yang turut disambut meriah oleh penonton.

China sebagai negara tuan rumah menghantar 411 atlet untuk beraksi dalam kesemua 18 kategori.

Ketika menyampaikan ucapan dalam majlis pembukaan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Universiade Chengdu, Huai Jinpeng mengucapkan selamat datang kepada atlet, jurulatih, pegawai teknikal dan tetamu dari semua negara dan wilayah dengan menzahirkan harapan agar mereka menyemarakkan semangat kesukanan, menonjolkan kemudaan dan mengikat hubungan persahabatan.

Pemangku Pengerusi Persatuan Universiade Antarabangsa, Leonz Eder dalam ucapannya pula merakamkan penghargaan dan terima kasih ke atas usaha bersama kerajaan China, provinsi Sichuan dan bandar Chengdu serta semua peserta dalam menjayakan temasya sukan yang menepati harapan semua orang, selain menzahirkan harapan terhadap semua atlet yang bakal berusaha menunjukkan prestasi terbaik.

Pada pukul 9:15 malam, Presiden China Xi Jinping mengumumkan perasmian Universiade ke-31, dan secara serentak bunga api berbentuk "Selamat Datang" dalam bahasa Inggeris dipancarkan ke langit.

Majlis menyalakan kawah api bermula pada pukul 9:40 malam. Dalam tempoh lebih sebulan yang lalu, api suci Universiade yang dikumpulkan dari Turin, Itali, pernah dibawa ke universiti-universiti banyak bandar yang meliputi Beijing, Harbin, Shenzhen, Chongqing, Yibin dan Chengdu, dan tiba di stadium utama Taman Sukan Tasik Dong'an pada akhirnya.

Turut hadir, Presiden Indonesia, Joko Widodo dan isterinya Iriana Joko Widodo, Presiden Mauritania, Mohamed Ould Ghazouani, Presiden Burundi, Evariste Ndayishimiye, Presiden Guyana, Mohamed Irfaan Ali, Perdana Menteri Georgia, Irakli Garibashvili.

Berita Berkaitan