99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Bercuti Sambil Jaga Kesihatan di Jincheng

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 10 Ogos 2023

Taklimat media bagi Persidangan Pembangunan Industri Penjagaan Kesihatan China·Shanxi (Jincheng) 2023 diadakan dengan jayanya di Beijing. (foto: Zheng Chunjie/People’s Daily Online)

Taklimat media bagi Persidangan Pembangunan Industri Penjagaan Kesihatan China·Shanxi (Jincheng) 2023 diadakan dengan jayanya di Beijing. (foto: Zheng Chunjie/People’s Daily Online)

Pada 10 Ogos, taklimat media bagi Persidangan Pembangunan Industri Penjagaan Kesihatan China Shanxi (Jincheng) 2023 diadakan dengan jayanya di Beijing. Dilaporkan, persidangan tersebut akan berlangsung di bandar Jincheng, provinsi Shanxi dari 25 hingga 27 Ogos.

Bandar Jincheng terletak di tenggara provinsi Shanxi, di tempat pertemuan provinsi itu dan provinsi Henan. Tempat ini tidak terlalu sejuk pada musim sejuk dan juga tidak panas terik pada musim panas, dengan tempoh tujuh bulan yang paling baik untuk pelancongan. Tambahan pula, kadar liputan hutan di Jincheng mencapai 40.3% malah kadar liputan tumbuhan di bandar mencapai 47.5%. Jincheng merupakan bandar yang mempunyai kadar liputan hijau yang tertinggi antara bandar-bandar di sepanjang pergunungan Taihang. Oleh itu, Jincheng juga dipilih sebagai "Bandar Demonstrasi Penjagaan Kesihatan Dunia" yang pertama di China dan juga tempat tetap untuk Persidangan Pembangunan Industri Penjagaan Kesihatan China.

Visi Jincheng dalam perancangan, pembinaan dan pengurusan bandar adalah ke arah sebuah destinasi yang lengkap fungsinya dari segi pelancongan, kebudayaan dan penjagaan kesihatan. Berpandu kepada konsep "penjagaan kesihatan untuk semua peringkat unmur", Jincheng telah meneroka 8 mod penjagaan kesihatan merangkumi perubatan, komuniti penjagaan, tempat mencuba aktiviti kebudayaan, tempat bercuti, kemudahan sukan, tempat penyelidikan dan pembelajaran, serta tempat rehat luar bandar.

Video

Berita Berkaitan