99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Hawaii Terbakar: Respons Penyelamatan yang Terlalu Lambat

(CRI)Jumaat 18 Ogos 2023

Kebakaran di Pulau Maui, Hawaii, Amerika Syarikat (AS) kini sudah berlarutan selama sembilan hari.

Menurut statistik, terdapat 80 alat penggera ditempatkan di sekitar kawasan yang dilanda kebakaran kali ini.

Namun, para penduduk tempatan memaklumkan bahawa tiada amaran dikeluarkan ketika berlakunya kebakaran.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama sistem penggera di pulau itu mengeluarkan amaran silap.

Pada 2018, sistem penggera memberikan amaran peluru berpandu yang salah. Setahun kemudian, sistem itu pula mengeluarkan amaran tsunami yang palsu.

Tetapi ketika kebakaran yang sebenar berlaku kali ini, kerajaan tempatan tidak menggunakan sistem penggera itu dengan serta merta, sebaliknya memberikan amaran melalui media sosial.

Kebakaran berlaku pada tengah malam, namun amaran pertama yang diberikan pihak berkuasa melalui media sosial pada pukul 5.26 awal fajar.

Selain itu, memetik statistik kerajaan, terdapat 3.6 anggota bomba bagi setiap seribu rakyat di AS.

Bagaimanapun, jumlah anggota bomba yang terdapat di Maui adalah hanya 279 orang, sekali gus tidak mencapai kadar 50 peratus taraf purata di AS.

Menurut media tempatan, pada waktu petang ketika berlakunya kebakaran, hanya kira-kira 30 orang anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

Tidak jauh dari tempat kejadian juga terletaknya pangkalan ketenteraan dengan kekuatan askar sekitar 40 ribu orang.

Tetapi, Pentagon tidak memberikan sebarang reaksi setelah kebakaran berlaku, dan menunggu sehingga kejadian memasuki hari ketiga sebelum menghulur bantuan.

Dari sudut geografi, pekan di Pulau Maui terletak berhampiran dengan pantai serta dikelilingi dengan pergunungan dan padang rumput, secara tidak langsung sangat terdedah kepada kebakaran.

Pada 2018, kebakaran menular di kawasan seluas 8 kilometer persegi. Pada 2019 pula, kebakaran memusnahkan kawasan seluas kira-kira 100 kilometer persegi.

Walaupun begitu, laporan oleh pihak berkuasa Hawaii pada 2022 menyifatkan risiko kebakaran terhadap nyawa manusia di negeri itu sebagai berstatus “rendah” sahaja.

Menurut laporan pencegahan kebakaran hutan kaunti Maui, walaupun mudarat kebakaran hutan semakin besar, tetapi dana bagi pencegahan dan pengurangan kebakaran hutan masih tidak mencukupi.

Laporan itu dipetik sebagai berkata, belanjawan yang kurang telah menjejaskan daya kerajaan tempatan untuk menangani bencana tersebut dan mengakibatkan kebakaran tidak dapat dipadamkan hingga hari ini.

Video

Berita Berkaitan