99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Ottelia Acuminate Mekar bagai Bintang Gugur ke Tasik (4)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 18 Ogos 2023
Ottelia Acuminate Mekar bagai Bintang Gugur ke Tasik
Ottelia acuminate kembang di Tasik Erhai, provinsi Yunnan. (foto: Wang Xialei/People's Daily Online)

Ottelia acuminate merupakan sejenis tumbuhan tenggelam. Akarnya berada di dasar air dan bunganya terapung di atas permukaan, disokong oleh batang yang ramping. Tumbuhan ini berkembang di dalam air, maka cahaya matahari yang diterima adalah terhad. Oleh itu, tumbuhan ini memerlukan persekitaran air yang bersih bagi memastikan fotosintesis, dan demikian juga dipanggil "penunjuk kualiti air".

Sebagai tumbuhan istimewa dan juga spesies flora terancam di Lembangan Tasik Erhai, ottelia acuminate pernah hampir pupus di habitatnya itu. Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan usaha berterusan Institut Hidrobiologi Akademi Sains China, tumbuhan ini berkembang semula di Tasik Erhai. Kini, kawasan taburan semula jadi ottelia acuminate telah mencecah kira-kira 250,000 meter persegi.

Video

Berita Berkaitan