99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Sehati Sejiwa, Berganding Bahu Menuju ke Komuniti Pembangunan Bersama: Xi

(CRI)Jumaat 25 Ogos 2023

Presiden China, Xi Jinping menghadiri sidang dialog pemimpin negara BRICS dengan negara Afrika, negara pasaran baru muncul dan negara membangun lain di Johannesburg pada Khamis.

Xi menyampaikan ucapan yang bertajuk “Sehati Sejiwa, Berganding Bahu Menuju ke Komuniti Pembangunan Bersama”.

Menurutnya, pembangunan membawakan aspirasi rakyat terhadap kehidupan yang sejahtera dan ia juga tugas paling mustahak bagi negara membangun. Namun pada masa ini, pelaksanaan pelbagai agenda pembangunan mampan menjadi perlahan dan ini amat membimbangkan.

Beliau berkata, pembangunan global kini menghadapi cabaran besar. Oleh itu, masyarakat antarabangsa harus membawa semula isu pembangunan ke keutamaan agenda antarabangsa.

Di samping itu, menurut Xi, usaha harus dilakukan untuk meningkatkan perwakilan dan hak bersuara negara-negara membangun dalam tadbir urus global, agar membantu negara membangun mencapai pembangunan yang lebih baik.

Xi menegaskan bahawa China adalah sahabat yang boleh dipercayai bagi negara-negara Afrika. Dalam tempoh sepuluh tahun lalu, China telah menghulurkan sejumlah besar bantuan pembangunan kepada Afrika. China membantu Afrika membina landasan kereta api sepanjang lebih 6,000 kilometer, lebuh raya sepanjang lebih 6,000 kilometer, dan lebih 80 kemudahan tenaga janakuasa elektrik besar. China akan menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan Afrika pada masa akan datang, menyokong negara-negara Afrika meningkatkan daya pembangunan sendiri dan mewujudkan pembangunan mampan.

Sidang dialog tersebut disertai oleh lebih 60 pemimpin negara, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, Presiden Bank Pembangunan Baharu (NDB) Dilma Rousseff, serta ketua organisasi serantau dan antarabangsa lain.

Video

Berita Berkaitan