- Lain-lain
Beijing Sanggah Gelombang Gangguan Telefon Dialami Kedutaan di Jepun
Beijing mengemukakan bantahan keras kepada Tokyo berhubung peristiwa kedutaan dan konsulat China di Jepun mengalami gangguan panggilan telefon.
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) Wang Wenbin menggesa pihak Jepun supaya mengendalikan perkara itu mengikut undang-undang, dan bertindak memastikan keselamatan pejabat pegawai diplomatik serta institusi, syarikat dan warganegara China termasuk pengembara di Jepun terjamin.
Berhubung kebimbangan Jepun bahawa kedutaan negara itu di China menghadapi risiko keselamatan, Wang membalas dengan mengatakan Beijing berpendirian konsisten dalam melindungi keselamatan, hak dan kepentingan sah warga asing di China di sisi undang-undang.
Beliau berkata kerajaan Jepun bertindak secara sepihak menyalurkan sisa air radioaktif yang dirawat dari loji nuklear Fukushima ke laut, sehingga menimbulkan kemarahan rakyat negara lain.
"Ia antara punca utama yang menyumbang kepada situasi buat ketika ini. Jika Jepun bertindak berasaskan sains, mengapa suara penolakan terhadap langkah pelepasan sisa air berkenaan dalam kalangan rakyat terus bergema,” kata Wang semasa taklimat harian pada Selasa.
- China Pantau Keradioaktifan Air Laut, Jamin Kesihatan Rakyat
- Lepas Air Sisa Radioaktif, Rakyat Jepun Zahirkan Protes
- Masyarakat Antarabangsa Diseru Bersama Tuntut Jepun Hentikan Pelepasan Air Radioaktif
- Duta China Zahir Bantahan Keras kepada Jepun
- Jepun Mula Lepaskan Air Sisa Radioaktif ke Laut
- China Henti Import Hasil Laut Jepun
- Rakyat Korea Selatan Bantah Jepun Lepaskan Air Sisa Radioaktif ke Laut
- China Bantah Keras Pelepasan Air Sisa Radioaktif Jepun ke Laut
- Jepun Lepaskan Air Sisa Radioaktif ke Laut Mulai 24 Ogos
- Jepun Dituntut Tarik Balik Pelan Pelepasan Air Sisa Radioaktif ke Laut