- Lain-lain
China Sangkal AS Salur Bantuan Ketenteraan kepada Taiwan
Amerika Syarikat (AS) digesa supaya berhenti meningkatkan hubungan ketenteraan dalam segala bentuk dengan Taiwan atas apa jua alasan.
Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin berikutan keputusan pentadbiran Presiden Joe Biden buat julung kalinya meluluskan bantuan ketenteraan langsung AS kepada Taiwan.
Difahamkan, bantuan berkenaan dikendalikan di bawah program Pembiayaan Ketenteraan Asing untuk negara berdaulat.
Untuk itu, Wang membalas dengan menyelar tindakan AS seumpama melanggar prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama dua negara, terutamanya Kenyataan 17 Ogos 1982.
"Langkah itu bertentangan dengan undang-undang dan norma asas hubungan antarabangsa, selain menjejaskan kedaulatan negara dan kepentingan keselamatan China.
"Ia juga merosakkan ketenteraman di Selat Taiwan, dan memberikan isyarat yang salah kepada pemisah 'kemerdekaan Taiwan',” kata beliau semasa taklimat harian pada Khamis.
- 'Kekang China dengan Isu Taiwan' Nescaya Gagal
- AS Digesa Tarik Balik Pelan Penjualan Senjata kepada Taiwan
- Rondaan dan Latihan PLA di Sekitar Taiwan
- China Bantah Keras Lawatan 'Transit' Lai Ching-te ke AS
- China Sangkal Lawatan 'Transit' Lai Ching-te ke AS
- AS Digesa Tarik Balik Akta Berkaitan Taiwan
- China Bantah Keras Bantuan Ketenteraan AS kepada Taiwan
- Jangan Hantar Isyarat Salah kepada Pemisah ‘Kemerdekaan Taiwan’
- Forum Selat ke-15 Lakar Hasil Memberangsangkan
- China Tegas Jaga Kedaulatan Negara