- Lain-lain
HSR Jakarta-Bandung, Projek Ikonik Kerjasama Indonesia-China
Pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung yang berjalan lancar pada setiap fasa termasuk fasa perancangan, pelaksanaan, penyelesaian dan ujian bersama, sudah menjadi satu projek ikonik dalam kerjasama Indonesia dan China. Dwiyana Slame Riadi, Pengurus Besar yang juga Pengarah Urusan Syarikat HSR Indonesia-China Berhad berujar demikian ketika diwawancara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua.
Katanya, landasan HSR ini telah menyediakan satu pakej penyelesaian bagi membangunkan ekonomi serantau dari segi pengangkutan awam. Manakala, Indonesia sudah menjadi negara yang pertama di rantau itu yang berpeluang menguasai teknologi HSR melalui pelaksanaan projek terbabit.
Beliau menambah bahawa HSR Indonesia-China bukan sahaja menambah baik infrastruktur Indonesia tetapi juga mampu mendorong pembangunan Indonesia dalam bidang landasan kereta api dan industri pembuatan.
Dwiyana Slame Riadi penuh keyakinan terhadap masa depan HSR Jakarta-Bandung. Menurut beliau, atas usha sama kerajaan pelbagai peringkat Indonesia dengan sektor korporat, pengendalian laluan kereta api itu akan menjadi semakin baik dan jumlah penumpangnya juga kian meningkat.
Beliau menyatakan bahawa kerajaan Indonesia berharap menarik lebih danyak pelaburan China untuk menggerakkan lagi kerjasama dua hala.