- Lain-lain
Hangzhou yang Terindah, Sukan Asia yang Terhebat!
Sukan Asia ke-19 akan diadakan dari 23 September hingga 8 Oktober di Hangzhou, timur China yang turut mendapat gelaran "Bandar Paling Bahagia di China" selama 16 tahun berturut-turut.
Dari Tasik Barat dan Sungai Qiantang yang indah, hingga horizon bandar yang moden, Hangzhou menampilkan kombinasi antara keindahan semula jadi dan landskap budaya moden.
Bagi pelancong yang pernah mengunjungi bandar ini, rata-ratanya pasti mempunyai persepsi yang sama iaitu, “Hangzhou mengalu-alukan kedatangan semua”.
Pada 23 September, pemandangan Tasik Barat akan disempurnakan oleh kedatangan cahaya Sukan Asia. Hangzhou, yang sering dikenali sebagai "syurga di Bumi", akan mempersembahkan temasya Sukan Asia yang mencerminkan ciri-ciri China, pesona Asia, dengan kepelbagaian acara yang menarik.
Hangzhou bersedia dengan penuh semangat untuk membalas harapan dan menyambut tetamu dari seluruh dunia dengan senyuman penuh ikhlas.
- Menjelang Sukan Asia, Hangzhou Anjur Pameran Pakaian Asia
- Kenderaan Rasmi untuk Kegunaan Sukan Asia ke-19 Siap Sedia
- Unsur Warisan Tidak Ketara dalam Jambangan Bunga Sukan Asia Hangzhou
- Kantin Atlet Sukan Asia Hangzhou Sedia Terima Tetamu
- Lagu Tema Sukan Asia Hangzhou Diumumkan
- Dua Acara pertandingan Kasut Roda Dibatalkan dalam Sukan Asia Hangzhou
- Penjualan Tiket Sukan Asia ke-19 Dimulakan Isnin
- Platform Metaverse Sukan Asia ke-19 Dilancarkan
- Kereta Api Sukan Asia Hangzhou Jalan Ujian Operasi
- Pusat Logistik Sukan Asia Hangzhou, Jaminan Teguh bagi Operasi Temasya Sukan