99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Tradisi Temu Moden di Pastura Xinjiang

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 05 September 2023

100 kilometer dari ibu kota wilayah Xinjiang, Urumqi, terletaklah satu kawasan penggembalaan indah yang digelar sebagai Suo'erbasitao. Etnik Kazakh di sana mengamalkan gaya hidup gembala yang tradisional, di samping menikmati kemudahan yang dibawa kemodenan.

Khemah Tradisional dan Khemah Moden

Encik Ding yang tinggal di pusat bandar Urumqi baru saja menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarganya dengan berkhemah di Suo'erbasitao. Tapak perkhemahan mereka adalah padang rumput milik Muxtar, penggembala tempatan.

Sejak masa lampau, leluhur Muxtar sudah mengamalkan gaya hidup gembala yang tradisional di kawasan ini. Dengan adanya tiga yurt (sejenis khemah tradisional digunakan sebagai tempat tinggal kaum nomad) dan dua kabin, Muxtar membuka padang rumputnya kepada para peminat berkhemah sejak tahun 2017. Dia menawarkan perkhidmatan air minum, barbeku dan sebagainya kepada para pelancong.

Tahun-tahun kebelakangan ini, berkhemah menjadi trend di kalangan para pencinta alam semula jadi di China. Wilayah Xinjiang dengan sumber alam semula jadi yang melimpah menjadi destinasi hangat.

Muxtar bersama anak perempuan bongsunya berehat di dalam yurt pada 14 Ogos. (Xinhua/Hu Huhu)

Muxtar bersama anak perempuan bongsunya berehat di dalam yurt pada 14 Ogos. (Xinhua/Hu Huhu)

Pasukan Fotografi Penggembala Wumot

Ahali pula biasanya menggembala di pergunungan lebih terpencil, yang mengambil masa dua hari dengan menunggang kuda dan tidak boleh sampai dengan menaiki kenderaan.

Ahali sering kali berkongsi gambar yang diambilnya dalam grup Wechat “Pasukan Fotografi Penggembala”. Pasukan ini tertubuh lima tahun yang lalu dan diberikan nama “Wumot”, yang bermaksud harapan dalam bahasa Kazakh. Kesemua 70 anggotanya adalah penggembala tempatan yang merekodkan pemandangan dan kehidupan seharian di kawasan itu. Kini, mereka telah menganjurkan pameran fotografi untuk tiga kali dengan sokongan kerajaan tempatan.

Tan Chengjun, anggota Persatuan Jurugambar China merupakan pengasas dan juga mentor bagi organisasi itu. “Kehidupan gembala seharian di sini agak membosankan, merekodkan perkara indah dengan telefon bimbit dapat memperkaya kehidupan rohani para penggembala di sini,” katanya.

Mentor Pasukan Fotografi Penggembala Wumot, Tan Chengjun menjamu selera bersama penggembala tempatan pada 12 Ogos. (Xinhua/Hu Huhu)

Mentor Pasukan Fotografi Penggembala Wumot, Tan Chengjun menjamu selera bersama penggembala tempatan pada 12 Ogos. (Xinhua/Hu Huhu)

Influencer di Gurun Padang

Nurshahi, 47 tahun, tinggal di seberang satu rabung gunung dari rumah Muxtar, lebih suka berkongsi hidupnya melalui klip video. Dia yang memiliki hampir 100, 000 pengikut di media sosial, adalah pempengaruh yang paling terkenal di kawasan itu.

Antara klip video yang dimuat naik ke media sosial, kebanyakannya adalah mengenai kehidupan seharian gembala dan tradisi kaumnya, misalnya tarian Kara Jorga, sejenis tarian tradisional kaum Kazakh.

Nurshahi merakamkan video di dalam kabinnya pada 16 Ogos. (Xinhua/Hu Huhu)

Nurshahi merakamkan video di dalam kabinnya pada 16 Ogos. (Xinhua/Hu Huhu)

Video

Berita Berkaitan