99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN Bertambah Baik dan Dinaik Taraf

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 08 September 2023

China dan ASEAN rakan dagang terbesar satu sama lain. Dari 16 hingga 19 September, Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-20 akan diadakan di Nanning, Guangxi. Pada 25 Ogos, Pejabat Penerangan Dewan Negara mengadakan sidang akhbar mengenai situasi kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN. Naib Menteri Perdagangan Li Fei berkata bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, "kek" perdagangan China-ASEAN terus kembang, sementara kedinamikan kerjasama pelaburan sedang meningkat. Langkah seterusnya adalah untuk memperluas kerjasama yang saling menguntungkan dengan ASEAN secara menyeluruh, sekali gus menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.

"Kek" perdagangan China-ASEAN terus kembang

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-20 CAEXPO. Selepas 20 tahun, ekspo berkenaan telah menjadi platform penting untuk kerjasama terbuka antara kedua-dua pihak, memainkan peranan aktif dalam menggalakkan integrasi ekonomi serantau.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN telah dipertingkatkan dan telah mencapai hasil yang memberangsangkan,” Li Fei berkata.

"Kek" perdagangan terus kembang. Dengan pelepasan dividen daripada perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN telah digalakkan lagi. China dan ASEAN terus disatukan sebagai rakan dagang terbesar bagi satu sama lain. Dalam tempoh sedekad, jumlah perdagangan dua hala telah meningkat 1.2 kali ganda yang bersamaan 11.2%, daripada AS$443.6 bilion pada 2013.

Pelaburan dan kerjasama semakin rancak. China dan ASEAN masing-masing adalah sumber dan destinasi pelaburan penting satu sama lain. Sehingga Julai tahun ini, pelaburan dua hala kumulatif antara China dan negara-negara ASEAN telah melebihi AS$380 bilion, dan lebih daripada 6,500 syarikat pelaburan langsung telah ditubuhkan di ASEAN. Bersandarkan pada projek "dua negara, dua taman", kedua-dua pihak bersama-sama membina taman demonstrasi untuk inovasi dan pembangunan ekonomi dan perdagangan, membuka saluran baharu bagi negara-negara ASEAN untuk mengintegrasikan diri ke dalam pembangunan terbuka di China.

Kerjasama serantau terus berkembang. China dan ASEAN sedang giat mempromosikan rundingan mengenai Kawasan Perdagangan Bebas versi 3.0 yang menyasarkan peningkatan menyeluruh tahap keterbukaan institusi ekonomi dan perdagangan China-ASEAN. Perjanjian Perdagangan Bebas China-Kemboja telah berkuat kuasa, rundingan susulan untuk menaik taraf Perjanjian Perdagangan Bebas China-Singapura telah diselesaikan dengan menyerlah, dan kerjasama sub-serantau dalam Kawasan Pertumbuhan Timur China-ASEAN serta Lancang-Sungai Mekong turut melakar kemajuan. Kesemuanya telah menyuntik daya dorongan yang kuat ke dalam hubungan kerjasama serantau.

Li Fei memberitahu bahawa Kementerian Perdagangan akan bekerjasama rapat dengan semua pihak untuk bersama-sama menganjurkan ekspo kali ini, dan terus melonjakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN ke tahap baharu.

Skala pameran ASEAN di CAEXPO dipulihkan

Terdapat lebih daripada 40 negara yang mengambil bahagian dalam Ekspo China-ASEAN tahun ini dengan penyertaan hampir 1,700 syarikat, di mana kawasan pameran asing menyumbang lebih daripada 30%. Skala pameran ASEAN telah kembali ke tahap sebelum wabak.

Sui Guohua, Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, memperkenalkan bahawa pameran itu berkait rapat dengan pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN 3.0, yang menonjolkan kerjasama dalam bidang utama seperti ekonomi digital, ekonomi hijau, keselamatan dan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan, serta pemudahan perdagangan dan pelaburan. Buat pertama kalinya, kawasan pameran seperti teknologi digital, syarikat tersenarai, reka bentuk perindustrian, dan pertanian pintar telah dibuka, dan hampir seratus syarikat terkenal yang tersenarai dalam 500 teratas dunia dan 500 teratas China menyertai pameran itu.

Ekspo ini juga akan mempromosikan pameran khas seperti RCEP dan “Satu Jalur Satu Jalan”, mengadakan acara khas “Tahun Melabur di China - Melusuri Guangxi” buat kali pertama, hari jenama perusahaan pusat dan minggu reka bentuk perindustrian, serta lebih 70 aktiviti ekonomi dan perdagangan. Pada masa yang sama, CAEXPO akan terus diadakan secara maya, membina platform pameran dalam talian untuk “ribuan perusahaan membangun”, merealisasikan visualisasi digital panoramik dewan pameran fizikal untuk kali pertama, dan mencipta “CAEXPO yang tidak berpenghujung”.

Apakah trend pemulihan ekonomi global selepas wabak? Apakah hala tuju utama untuk penyepaduan rantaian industri? CAEXPO tahun ini juga akan memberi tumpuan kepada isu-isu hangat serta menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN melalui beberapa langkah. Menurut laporan, pelaburan untuk projek yang bakal ditandatangani semasa ekspo itu dijangka melebihi 400 bilion yuan, dengan projek pembuatan menyumbang lebih daripada 40%, yang dipercayai akan membantu mewujudkan platform kerjasama yang lebih terbuka dan inklusif.

Pengembangan menyeluruh dan kerjasama yang saling menguntungkan dengan ASEAN

Pembukaan landasan kereta api China-Laos telah merealisasikan impian rakyat Laos untuk "menukar negara dikelilingi daratan kepada negara terhubung oleh darat"; lebuh raya dari Phnom Penh ke Sihanoukville telah memendekkan masa perjalanan antara dua tempat daripada 5 jam kepada kurang daripada 2 jam; China dan Singapura bersama-sama membina jalan darat-laut antarabangsa. Koridor perdagangan darat-laut antarabangsa baharu yang dibina bersama oleh China dan Singapura telah dikategorikan sebagai "lorong cepat", dengan rangkaian pengangkutan meliputi 393 pelabuhan di 119 negara dan wilayah. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China dan negara-negara ASEAN telah menggalakkan lagi perdagangan, pelaburan, kesalinghubungan dan kerjasama serantau. Beberapa projek penting telah dibina satu demi satu.

“Untuk langkah seterusnya, kami akan mengembangkan kerjasama yang saling menguntungkan dengan ASEAN secara menyeluruh, bersama-sama meningkatkan tahap kerjasama ekonomi dan perdagangan, dan menggalakkan pembinaan komuniti China-ASEAN yang lebih erat dengan masa depan yang dikongsi bersama,” kata Li Fei.

Bersama-sama meningkatkan skala perdagangan. Mengukuhkan kerjasama perdagangan di bawah rangka kerja “Jalur dan Laluan”, meningkatkan tahap pemudahan perdagangan, mengekalkan kestabilan rantaian bekalan, mempercepat pembinaan bentuk dan model baharu perdagangan, memperdalam kerjasama antarabangsa “e-dagang Jalan Sutera”, menggalakkan pembinaan mekanisme kerjasama e-dagang dua hala, mengukuhkan kerjasama e-dagang rentas sempadan, menggalakkan pembangunan perdagangan perkhidmatan, menggali potensi kerjasama perdagangan antara kedua-dua pihak secara berterusan, dan menggalakkan pembentukan pasaran serantau yang lebih terbuka.

Bersama-sama menggalakkan pelaburan dua hala. Mengukuhkan kerjasama pelaburan dengan negara-negara ASEAN dalam bidang petrokimia, keluli, automobil, tekstil dan lain-lain. Menggalakkan penubuhan kerjasama rantaian industri rentas sempadan yang memenuhi keperluan pembangunan setiap negara. Menggalakkan kerjasama pelaburan dalam ekonomi digital, pembangunan hijau serta bidang lain, dan terus memperkaya kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN.

Bersama-sama menggalakkan kesalinghubungan. Memanfaatkan sepenuhnya projek mercu tanda kerjasama seperti projek kereta api China-Laos dan projek kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung di Indonesia, mengukuhkan perkongsian teknologi dan pertukaran pengalaman dengan negara-negara ASEAN, menggalakkan kerjasama pelaburan di sepanjang projek infrastruktur pengangkutan, dan membolehkan kerjasama ketersambungan antara kedua-dua pihak memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan sosioekonomi negara-negara ASEAN yang juga memberikan manfaat kepada lebih ramai penduduk tempatan.

Bersama-sama mengeratkan kerjasama serantau. Pelaksanaan RCEP yang berkualiti tinggi dapat mempercepat rundingan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN 3.0, mengukuhkan pertukaran dan kerjasama dengan negara-negara ASEAN yang berkaitan di bawah rangka kerja mekanisme pelbagai hala, serta kelarasan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa berstandard tinggi, sekali gus terus menambah dorongan baharu kepada integrasi ekonomi serantau.

Video

Berita Berkaitan