- Lain-lain
Majlis Anugerah Pertandingan Fotografi “China di Mata Orang Jepun” ke-3 Diadakan di Tokyo
Pada 6 September, majlis anugerah pertandingan fotografi “China di Mata Orang Jepun” diadakan di Pusat Budaya China Tokyo. Majlis dihadiri lebih 120 tokoh dari pelbagai lapisan termasuk Duta Besar China ke Jepun, Wu Jianghao, Pengerusi Lembaga Penyeliaan People’s Daily Online, Tang Weihong, bekas Perdana Menteri Jepun, Hatoyama Yukio dan Wakil Pengarah China Persatuan Persahabatan Jepun-China, Huang Xingyuan.
Bekas Perdana Menteri Jepun, Fukuda Yasuo, dan Pengerusi Persatuan Jurugambar China, Li Ge, mengucapkan tahniah dalam bentuk surat dan video.
Dalam ucapannya, Wu Jianghao menzahirkan penghargaan terhadap peranan positif acara tersebut sebagai platform untuk rakyat Jepun mengenali China, bertepatan dengan ulang tahun ke-45 Perjanjian Keamanan dan Persahabatan China-Jepun. Beliau menitikberatkan ikatan muhibah sesama rakyat, yang ditekankan perlunya pengukuhan menerusi pertukaran warga yang lebih rancak serta pemupukan rasa saling faham dan percaya, lebih-lebih lagi tatkala hubungan bilateral berdepan dengan situasi rumit dewasa ini.
Sebagaimana yang disebut oleh Tang Weihong pula, pelancongan antara aspek penting dalam interaksi dua negara. Melalui lensa kamera masing-masing, para peserta pertandingan fotografi merekodkan keindahan China dari perspektif unik mereka, membolehkan sesiapa yang melihat merasai keramahan pelancong Jepun terhadap China.
Hatoyama Yukio pula berkata, foto yang terkumpul dalam pertandingan ini adalah bukti terbaik bagi persahabatan China-Jepun. Beliau memandang berat pertukaran antara rakyat, yang dilihat besar sumbangannya untuk menggalakkan hubungan China-Jepun.
Pertandingan fotografi “China di Mata Orang Jepun” diinisiatifkan oleh Kedutaan Besar China ke Jepun. Lebih 3,000 foto terkumpul sejak edisi pertama pada 2016. Edisi ketiga adalah anjuran bersama cawangan Jepun People’s Daily Online dan Air China, di mana tujuh karya terpilih sebagai pemenang.
>> Karya Anugerah Pertandingan Fotografi “China di Mata Orang Jepun”
- China, Jepun Harus Bina Hubungan Dua Hala Sesuai Keperluan Era Baharu: Wang Yi
- China, Jepun Adakan Rundingan Urusan Maritim
- Harap Hubungan Jepun, Korea Selatan Kondusif bagi Ketenteraman Serantau
- China, Jepun Adakan Rundingan Perkongsian Ekonomi ke-16
- Jepun Digesa Bertindak Baiki Hubungan dengan China
- China, Jepun Ikrar Laksana Konsensus, Perkasa Kolaborasi
- PM Li: Kekalkan Hubungan Kukuh dan Stabil Penting bagi Kepentingan China-Jepun
- Simposium "Persahabatan dan Tanggungjawab Sejarah China-Jepun"
- Jabatan Pertahanan China, Jepun Bakal Bina Kemudahan Talian Terus
- China, Jepun Sepakat Tingkat Dialog Urusan Maritim