99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Ikan Emas Hiasi Arus Sejarah (2)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 13 September 2023
Ikan Emas Hiasi Arus Sejarah
Lebih daripada 10 jenis dan 800 ekor ikan emas dari seluruh China 'berkumpul' untuk sebuah pameran di Istana Putera Kung Beijing yang berlangsung hingga Ahad lalu. (China Daily/Xu Haiyu)

Sebagai khazanah negara, kewujudan ikan emas telah mewarnai dan menjadi unsur penting dalam budaya serta sejarah China.

Pada zaman dahulu, para pegawai, bangsawan dan cendekiawan sangat gemar untuk memiliki, membiak dan memerhatikan ikan emas, sekali gus menjadikannya aspek yang menggembirakan dalam kehidupan mereka.

Semasa zaman dinasti Ming (1368-1644) dan Qing (1644-1911), ikan emas dilihat menjadi elemen hiasan kemestian di mahkamah dan taman rumah agam diraja.

Pada zaman moden ini pula, keberadaan ikan emas di rumah-rumah biasa menjadi cerminan kepada sumber kegembiraan yang penting dari segi budaya dan rohani.

Dianggap sebagai duta kecantikan, ikan emas juga telah menjadi subjek dalam pelbagai bentuk seni, termasuk pakaian, porselin, setem, kerja kaca, wau dan guntingan kertas.

Bagi meraikan ulang tahun ke-40 penubuhan Muzium Istana Putera Kung di Beijing, pameran bertemakan ikan emas diadakan pada 28 Ogos hingga 10 September lalu. Lebih daripada 800 ikan emas yang terdiri daripada 10 jenis dari seluruh negara telah dihimpunkan, secara tidak langsung membentuk pemandangan yang menarik. Pada masa sama, latar belakang sejarah ikan emas diceritakan dengan jelas melalui ilustrasi yang kaya, buku sejarah dan artifak budaya.

Ikan emas terkenal dengan bentuknya yang anggun, warnanya yang cerah dan jenisnya yang pelbagai.

Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa ikan emas berasal daripada ikan kap Carassius liar dengan mutasi genetik dari bandar Jiaxing, di tempat yang kini dikenali sebagai Zhejiang, semasa awal Dinasti Song (960-1279).

Seorang pegawai tempatan, Ding Yanzan dikatakan menemui ikan itu di kolam di barat laut bandar Jiaxing, lantas menamakan lokasi tersebut Kolam Ikan Emas dan membina sebuah tempat pembiakan, yang kemudiannya menjadi tempat menarik di situ.

Membina kolam ikan pada awalnya melibatkan kos yang besar, justeru memelihara ikan emas dilihat sebagai aktiviti mewah yang eksklusif untuk golongan bangsawan dan pegawai yang kaya. Ia kemudiannya mendapat populariti yang meluas dalam kalangan cendekiawan dan sasterawan.

Pada peringkat global, ikan emas telah diperkenalkan dari China ke Jepun pada tahun 1502 semasa Dinasti Ming dan tiba di Eropah antara abad ke-17 dan ke-18, sebelum menjelajahi Amerika Syarikat dan kemudian ke seluruh dunia. Melalui pembiakan terpilih oleh beberapa generasi orang di China, Jepun dan Eropah, lebih daripada 250 jenis yang unik telah dihasilkan, dengan masing-masing mempunyai warna, bentuk sirip, ciri mata dan jenis badan yang tersendiri.

"Orang ramai akan membela ikan emas mengikut estetika tempatan, latar belakang budaya dan konteks. Ini membawa kepada kepelbagaian dalam warna dan bentuk ekor ikan emas itu," kata He Chuan, seorang penyelidik di pusat pengembangan teknologi perikanan Beijing di Biro Pertanian Beijing dan Hal Ehwal Luar Bandar.

Video

Berita Berkaitan