99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Timur-Leste Debut di CAEXPO (3)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 19 September 2023
Timur-Leste Debut di CAEXPO
Barang kemas tradisional dipamerkan di kawasan pameran Timor-Leste. (People’s Daily Online/Yang Chunyan)

Di kawasan B2 Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Nanning, Guangxi, kelihatan dua orang pelakon berpakaian kostum eksotik yang mempersembahkan nyanyian dan tarian tradisional. Kehadiran mereka menarik perhatian para pengunjung, yang berebut-rebut untuk mengambil gambar bersama-sama.

Beberapa pemuda asing yang fasih bahasa Cina sibuk membancuh kopi untuk hadirin. Aroma kopi harum semerbak mengisi ruang udara.

Inilah kawasan pameran Timor-Leste pada Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-20.

Sebagai negara pemerhati ASEAN, Timor-Leste buat julung kalinya diundang menyertai aktiviti-aktiviti yang dijadualkan pada ekspo tahun ini. Bahan pameran yang menghiasi reruai debut negara itu termasuklah pakaian tradisional, alat muzik, barang kraf tangan, dan tidak lupa juga produk pertanian seperti kopi.

Dora, pelajar antarabangsa tahun kedua di Universiti Jiaotong Xi’an yang berkhidmat sebagai penterjemah di kawasan pameran Timor-Leste, dengan ramah mesranya memperkenalkan pameran kepada pengunjung yang singgah.

Katanya, inilah kali pertama Timor-Leste mengambil bahagian dalam CAEXPO, sesuatu yang sudah lama dinanti-nantikan oleh negaranya. Dia berasa cukup teruja kerana dapat memberikan gambaran tentang Timor-Leste dan budaya rakyat negaranya pada acara besar-besaran ini.

Dora juga memberitahu bahawa banyak bahan pameran disediakan oleh pempamer sepanjang tempoh ekspo. Dia gembira melihat betapa pengunjung menampakkan minat terhadap budaya dan produk Timor-Leste.

Sesetengah pempamer menyatakan mereka telah mengunjungi kesemua sepuluh negara ASEAN, maka mereka ingin tahu tentang Timor-Leste yang bakal bergelar anggota blok itu.

Timor-Leste terletak di sebelah paling timur Nusa Tenggara, dan dulunya sebuah koloni Portugis. Timor-Leste dimasukkan ke dalam wilayah Indonesia pada 1970-an, dan kemudian mengisytiharkan kemerdekaan pada 20 Mei 2002, menjadikannya negara paling muda di Asia. Pada Mei tahun ini, Sidang Kemuncak ke-42 ASEAN di Labuan Bajo, Indonesia meluluskan peta jalan ke arah keanggotaan penuh Timor-Leste.

Video

Berita Berkaitan