99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi Turun Padang di Provinsi Zhejiang

(CRI)Jumaat 22 September 2023

Presiden China, Xi Jinping turun padang dengan mengadakan tinjauan di bandar Jinhua provinsi Zhejiang pada pagi Rabu.

Jadual tinjauannya melibatkan kampung Lizu dan Kota Perdagangan Antarabangsa Yiwu yang mencerminkan pembangunan kawasan luar bandar yang bertunjangkan ekopelancongan serta landskap perdagangan luar yang berkembang ke arah berkualiti tinggi.

Kota Perdagangan Antarabangsa Yiwu yang digelar sebagai “pasar borong gadget yang terbesar di dunia”, mempunyai hubungan perdagnagan dengan 233 buah negara dan kawasan, dan nilai transaksinya bagi tahun 2022 mencecah RMB200 bilion (RM128 bilion).

Dalam tinjauan seterusnya di bandar Shaoxing pada sebelah petang hari yang sama, Xi menjejak kaki ke Balai Pameran Pengalaman Fengqiao yang berkaitan dengan tadbir urus masyarakat di peringkat akar umbi dan pembangunan inovatifnya pada era baharu.

Pegawai dan penduduk di pekan Fengqiao, bandar Zhuji provinsi Zhejiang berjaya mencipta “Model Fengqiao” pada awal tahun 1960an, yang merujuk kepada tadbir urus yang pantas dan efisien di peringkat akar umbi.

Mendiang Pengerusi Mao Zedong pernah mengeluarkan arahan untuk membelajari dan mempromosi “Model Fengqiao” pada 60 tahun yang lalu, dan Presiden Xi juga pernah memberi arahan untuk mengekalkan dan mengembangkannya pada 20 tahun yang lalu.

Lokasi singgahan terakhir dalam jadual tinjauan Xi pada Rabu merupakan Taman Budaya Terusan yang berkaitan dengan sejarah Terusan purba, pemeliharaan Terusan Besar dan tercapainya kemajuan dalam pembinaan Taman Budaya Negara Terusan Besar.

Xi yang peka akan pembangunan budaya Terusan Besar, pernah berkali-kali memberi arahan tentang pemeliharaan, pewarisan dan penggunaannya, dan menunjukkan bahawa “hendaklah meneroka sumber zaman purba untuk kegunaan zaman ini, dan menyuburkan kebudayaan yang berteraskan Terusan Besar”.

Video

Berita Berkaitan