- Lain-lain
Chang'e-6 akan Ambil Sampel di Sebelah Jauh Bulan
(CRI)Ahad 01 Oktober 2023
Prob penyelidikan Bulan China, Chang'e-6 akan dilancarkan sekitar tahun depan, dan kerja berkaitan sedang dijalankan menurut rancangan, kata Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA) pada Jumaat.
Berdasarkan program penerokaan Bulan China, misi Chang'e-6 dijangka akan mengambil sampel dari sebelah jauh Bulan, iaitu kali pertama dalam sejarah umat manusia.
Menurut CNSA, misi Chang'e-6 merancang untuk pergi ke Kutub Selatan-Aitken Basin di sebelah jauh Bulan untuk menjalankan pengesanan morfologi dan tinjauan latar belakang geologi untuk menemui dan mengambil sampel Bulan dari kawasan dan zaman berbeza.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2023 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang