99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Stesen Janakuasa Angin Beraltitud Tertinggi China Mula Beroperasi di Tibet

(CRI)Khamis 05 Oktober 2023

Stesen janakuasa angin yang beraltitud paling tinggi di China mula beroperasi di pekan Drigug, kaunti Tsomai di wilayah Tibet, apabila 25 unit turbin angin mula berjalan dan disambungkan ke grid pada 4 Oktober, menurut syarikat tenaga China, Kumpulan Tiga Gaung.

Menurut kumpulan tersebut, unit janakuasa angin di ladang itu dipasang di tempat beraltitud 5,000 meter hingga 5,200 meter, dengan kapasiti keseluruhan mencapai 72.6 megawatt. Antaranya, unit yang berkapasiti paling besar adalah sebanyak 3.6 megawatt, iaitu unit janakuasa angin terbesar di kawasan beraltitud ultra tinggi di negara ini.

Pada masa ini, bekalan tenaga di wilayah Tibet kebanyakannya bergantung pada janakuasa hidroelektrik dan fotovoltaik. Keadaan ini mengakibatkan bekalan tenaga lebih pada musim panas dan waktu siang, kurang pada musim sejuk dan waktu malam.

Apabila penjanaan hidroelektrik tidak mencukupi pada musim kering pada musim sejuk, Ladang Janakuasa Angin Drigug Tsomai dapat melengkapkan bekalan tenaga di Tibet.

Menurut Kumpulan Tiga Guang, apabila ladang angin tersebut beroperasi dengan kapasiti penuh, ia dapat menjana elektrik sebanyak 200 juta kilowatt-jam setahun, mampu memenuhi permintaan penggunaan elektrik bagi 140,000 isi rumah di kawasan sekitar sepanjang tahun.

Video

Berita Berkaitan