99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Wartawan ASEAN Sanjung Tinggi Manfaat BRI

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 18 Oktober 2023
Wartawan ASEAN Sanjung Tinggi Manfaat BRI
Penyiar TOPNEWS TV Thailand, Phonsawan Jarupan.

Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) berlangsung di Beijing dari 17 hingga 18 Oktober. Wartawan-wartawan ASEAN yang menghadiri forum itu menyanjung tinggi manfaat yang dibawa Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) kepada negara-negara ASEAN dari segi pembangunan infrastruktur dan kesalinghubungan.

Wartawan Harian Umum Singgalang Indonesia, Bambang Sulistio berkata, BRI telah membawa manfaat yang cukup praktis kepada negara Indonesia, misalnya Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Jakarta-Bandung. Beliau juga optimistik terhadap prospek penyambungan HSR Jakarta-Bandung dari Bandung ke Surabaya dan tempat-tempat lain. Membicarakan kerjasama selanjutnya, wartawan itu memaklumkan bahawa Presiden Indonesia Joko Widodo sedang menawarkan pembinaan ibu kota baharu negara kepada China.

Penyiar TOPNEWS TV Thailand, Phonsawan Jarupan pula berujar, BRI telah menyambungkan banyak negara dan membawa manfaat yang cukup penting kepada negara-negara ASEAN termasuk Thailand. Dengan adanya projek BRI, masa pengangkutan bagi kargo eksport dan import telah pun dapat disingkatkan.

Wartawan Voice of Vietnam, Ho Hong Hanh berkata BRI cukup penting kepada negara-negara membangun termasuklah Vietnam yang mengharapkan lebih banyak infrastruktur bagi memacu pembangunan, dan memerlukan bantuan China terutamanya dari segi pelaburan.

Difahamkan bahawa, sejak ASEAN meluluskan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN (MPAC) 2025 pada tahun 2016, China dan ASEAN telah giat berusaha menyambungkan pelan induk itu dengan pelaksanaan BRI. Usaha tersebut kini telah membuahkan hasil yang cukup memuaskan dengan beroperasinya Kereta Api China-Laos dan HSR Jakarta-Bandung.

Video

Berita Berkaitan