- Lain-lain
Presiden Xi Mulakan Lawatan Rasmi ke Vietnam (2)
Presiden China, Xi Jinping tiba di Hanoi pada tengah hari tadi untuk lawatan rasmi ke Vietnam, atas undangan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong dan Presiden Vietnam, Vo Van Thang.
Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan bertulis di lapangan terbang menyatakan bahawa Vietnam antara negara penting di Asia dan anggota penting ASEAN. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, di bawah pimpinan Parti Komunis Vietnam, rakyat Vietnam secara aktif meneroka laluan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negara sendiri, dan berjaya meningkatkan pengaruh negara itu di arena antarabangsa dan serantau.
"China dan Vietnam mempunyai persahabatan sejak turum-temurun dan China mementingkan hubungan dengan Vietnam.
"Saya berharap mengambil peluang lawatan ini untuk mengadakan pertukaran pandangan yang mendalam dengan pemimpin Vietnam mengenai hubungan kedua-dua negara, serta isu-isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama, agar membawa hubungan kedua-dua negara ke fasa baharu," kata Xi.
- Ganding Bahu Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Vietnam yang Signifikan dari Segi Strategik
- Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Vietnam yang Bermakna Strategik: Xi
- Lawatan Presiden Xi Disambut Meriah di Lapangan Terbang
- Presiden Xi Tiba di Vietnam
- Lawatan Presiden Xi Disambut Penduduk Vietnam
- Atas Pembelajaran Bahasa, Tingkat Persahabatan China-Vietnam
- China, Vietnam Lancarkan Kerjasama Media Pusingan Terbaharu
- Presiden Xi Jinping akan Lawat Vietnam
- China, Vietnam Anjur Mesyuarat ke-15 Jawatankuasa Pemandu Kerjasama Bilateral
- TPM Vietnam: CIIE Platform Penting China untuk Berkongsi Peluang dan Hasil Pembangunan