- Lain-lain
Penyalahgunaan Kawalan Eksport AS Jejaskan Kestabilan Rantaian Pengeluaran dan Bekalan Cip Global
Amerika Syarikat (AS) menyalahgunakan langkah kawalan eksport, menjejaskan kepentingan sah syarikat China serta kestabilan pengeluaran dan bekalan cip global. Langkah AS tersebut membelakangi prinsip ekonomi pasaran dan persaingan adil, malah tidak memenuhi kepentingan mana-mana pihak. China menzahirkan bantahan keras terhadap tindakan AS tersebut.
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning menyatakan demikian ketika mengulas tentang kenyataan Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo mutakhir ini.
"AS berulang kali menyatakan bahawa pihaknya tidak berniat untuk mencantas hubungan dengan China dan tidak ingin mengekang pembangunan ekonomi China.
"Washington diingat menunaikan komitmen tersebut," kata Mao.
Beliau berkata, China akan mengikuti perkembangan situasi berkaitan dan akan dengan tegas membela hak dan kepentingan sendiri.
- AS Digesa Tarik Balik Sekatan Sepihak ke atas Individu dan Syarikat China
- AS Diselar Rosakkan Peraturan Dagangan Global
- China Bantah Sekatan AS ke Atas Tiga Syarikat Domestiknya
- Beijing Sanggah Keputusan Biden Sekat Pelaburan di China
- China Gesa AS Hentikan Sekatan Sepihak terhadap Venezuela
- China Menolak Konfrontasi Geopolitik Dalam Institusi Kewangan Pelbagai Hala
- China Kecam Sekatan AS Menyasar Mesin Penekan Pil Biasa
- MPS Bantah Keras Tindakan Undang-undang AS Menyasar Pegawai China
- China Selar Tindakan AS Pentingkan Diri Sendiri
- China Bantah Keras Tuduhan dan Sekatan AS