- Lain-lain
Peng Liyuan Kunjungi Universiti Nasional Hanoi
Isteri Presiden China Xi Jinping, Prof Peng Liyuan mengunjungi Universiti Nasional Hanoi dengan ditemani isteri Presiden Vietnam Vo Van Thuong, Phan Thi Thanh Tam pagi tadi.
Prof Peng mendengar taklimat tentang sejarah, pengajaran dan kerjasama antarabangsa universiti itu. Beliau berharap China dan Vietnam dapat meningkatkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang pendidikan, mengalu-alukan lebih ramai pemuda Vietnam melanjutkan pembelajaran di China bagi meningkatkan kesefahaman dan persahabatan antara kedua-dua negara.
Ketika melawat pusat kebudayaan universiti itu, Prof Peng Liyuan dan Phan Thi Thanh Tam berbual-bual dengan wakil pelajar Vietnam yang membelajari bahasa Mandarin.
Prof Peng berkata bahasa ialah jambatan komunikasi. Beliau menggalakkan mahasiswa di universiti tersebut belajar bahasa Mandarin dengan bersungguh-sungguh supaya dapat lebih memahami dan mengenali China, dan menjadi utusan bagi pertukaran kebudayaan China-Vietnam dan menjadikan hubungan persahabatan kedua-dua negara diwariskan dari generasi ke generasi.