- Lain-lain
Upacara Tradisional Han Jadi Fesyen Pilihan 29 Pasangan Berkahwin (5)
29 pasangan memakai pakaian tradisional Han dalam satu majlis perkahwinan yang diadakan pada malam 3 Disember di Changsha, provinsi Hunan. (Foto oleh chinadaily.com.cn) |
Mengenakan busana tradisional Han dan sulaman dalam gaya yang ditemui di makam Mawangdui Dinasti Han Barat (206 SM-24 Masihi), 29 pasangan berkahwin secara serentak dalam majlis yang diadakan pada malam 3 Disember di jalan pejalan kaki yang popular di Changsha, provinsi Hunan.
Upacara itu sendiri dijalankan secara tradisional, diiringi persembahan muzik dan ritual.
Masing-masing turut melakukan ucap selamat antara satu sama lain, dan mencampurkan helaian rambut mereka bersama-sama, melambangkan bahawa mereka terikat bersama sepanjang hayat.
Difahamkan, sejumlah seratus pasangan mendaftar untuk majlis itu, tetapi hanya 29 yang dipilih.
Rao Zhiqi dari Taiwan dan isterinya, Chen Qingxiang, warga Hunan, merupakan antara pasangan bertuah.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih atas majlis istimewa ini kerana membantu kami memahami erti dan kepentingan perkahwinan.
“Melalui perkahwinan ini, kami menjadi satu keluarga, sebagaimana Taiwan dan tanah besar China juga merupakan keluarga,” kata Rao.
Majlis itu diadakan di jalan pejalan kaki Huangxing, sebuah pusat beli-belah yang popular di Changsha dan turut menarik kehadiran ramai pengunjung.
- Ikan Emas Hiasi Arus Sejarah
- Pemodenan Hidupkan Semula Lukisan Ukir Kayu
- Opera “Puteri Wencheng” dipentaskan di Lhasa
- Unsur Budaya China pada Pingat Maraton
- Manis Budaya seperti Gula
- Keunikan Seni Guntingan Kertas China
- Aroma Tanghulu Bangkit Nostalgia TBC di Xiong’an
- Cara Membuat Seruling Buluh Cina
- Xi: Kukuh Keyakinan terhadap Sejarah Negara
- Kemahiran Pembuatan Teh Tradisional China beserta Adat Resam Berkaitan, Warisan Budaya Tidak Ketara Dunia
- Warisi Budaya Tradisi Cemerlang untuk Pembangunan pada Masa Sekarang: Xi