- Lain-lain
Kaedah Orang China Purba Hangatkan Tangan pada Musim Sejuk (4)
Apabila tibanya musim sejuk, tangan dan kaki mudah menjadi sejuk terutamanya dalam kalangan wanita.
Amnya, sarung tangan tebal mungkin merupakan pilihan yang baik, namun kadangkala tidak sesuai dipakai, lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin melakukan sesuatu dengan tangan.
Bagaimanapun, ini tidak menjadi masalah bagi orang China purba yang mempunyai alat yang lebih menarik untuk memastikan tangan mereka kekal hangat, iaitu pemanas tangan.
Meskipun tiada rekod bertulis yang tepat mengenai asal usul alat tersebut, tetapi terdapat beberapa kisah tentang penciptaannya.
Salah satunya adalah cerita rakyat berkenaan Maharaja Yangdi dari Dinasti Sui (581-618) yang melawat Jiangsu pada musim sejuk. Berikutan keadaan yang begitu sejuk ketika itu, pegawai tempatan meminta pengilang membuat pemanas kecil yang boleh dipegang untuk maharaja, sekali gus terciptanya penghangat tangan.
Menjelang Dinasti Song (960-1279), alat itu digunakan secara meluas. Teknik untuk menghasilkan alat itu digunakan secara meluas pada dinasti Ming dan Qing (1368-1911).
Diperbuat daripada gangsa atau seramik, pemanas tangan purba mempunyai pelbagai reka bentuk. Bulat, segi empat sama dan segi lapan merupakan bentuk yang biasa didapati, dan ada yang dibentuk seperti labu, bunga dan cengkerang penyu.
Di dalam penghangat tangan, terdapat bara atau arang mudah. Sesetengah daripadanya dicampur dengan bahan lain dan ditekan menjadi bentuk bunga, menghasilkan aroma yang menyenangkan apabila dibakar.
- Arca Salji Kreatif di Timur Laut China Sedia Sambut Pelancong
- Xinjiang Aturkan Kereta Api Khas, Mudahkan Pelancong Main Ski
- Menjelang TBC, Tiba Musim Tangkap Ikan di Hubei
- Acara Promosi Pelancongan Musim Sejuk China Dilancarkan di Singapura
- Tempat Berburu Mulan Diseliputi Salji Memutih
- Pemandangan Salji Gunung Tianshan dan Tasik Tianchi Menggamit Kedatangan Pelancong
- Arca Diilham oleh Saji Berdiri di Kampus Universiti
- Beijing Sambut Salji Pertama Musim Sejuk Tahun Ini
- "Ekonomi Putih" Suntik Tenaga Kepada Pasaran Pelancongan China
- Pelancongan Musim Sejuk Meledak Hangat
- Upacara Tradisional Han Jadi Fesyen Pilihan 29 Pasangan Berkahwin
- Xi: Kukuh Keyakinan terhadap Sejarah Negara
- Cara Membuat Seruling Buluh Cina
- Aroma Tanghulu Bangkit Nostalgia TBC di Xiong’an
- Keunikan Seni Guntingan Kertas China
- Manis Budaya seperti Gula
- Unsur Budaya China pada Pingat Maraton
- Opera “Puteri Wencheng” dipentaskan di Lhasa
- Pemodenan Hidupkan Semula Lukisan Ukir Kayu
- Ikan Emas Hiasi Arus Sejarah