99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Pameran Mainan Hong Kong Buka Tirai

(CRI)Selasa 09 Januari 2024

Pameran Mainan Hong Kong anjuran Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC) membuka tirai pada Isnin, dan turut menyaksikan banyak produk baharu yang dibawa pempamer dari pelbagai tempat di dunia yang bertujuan menggali potensi pelanggan.?

Pelbagai zon pameran yang berbeza masing-masing mempunyai keistimewaan, antaranya, "Galeri Jenama" menghimpunkan produk mainan yang terkemuka dari lebih 220 jenama, dan "Mainan dan Permainan Pintar" mempamerkan pelbagai produk yang berteknologi inovatif.

Selain itu, terdapat beberapa zon pameran baharu yang tersedia pada tahun ini, antaranya zon "Mainan Hijau" mempamerkan produk yang berunsurkan inovatif dan mesra alam dari segi bahan mentah, reka bentuk, pengeluaran atau pembungkusan.

Menurut data daripada HKTDC, ASEAN sudah menjadi pasaran pengeksportan utama bagi industri mainan Hong Kong dalam tempoh 2 tahun lalu, terbukti dengan peningkatan syernya dalam pengeksportan mainan Hong Kong dari 8.4% pada tahun 2021 ke 17.8% pada tahun 2022, malah mencatat 20.4% pada bulan Januari hingga November tahun 2023.

Pameran Mainan Hong Kong beserta pameran produk untuk kegunaan bayi dan pameran alat tulis akan berlangsung hingga 11 Januari.?

Video

Berita Berkaitan