99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Mahu Terus Bersama Pelbagai Pihak Pastikan Penguatkuasaan RCEP yang Menyeluruh dan Berkualiti

(CRI)Khamis 11 Januari 2024

Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang sudah berkuatkuasa mencecah usia dua tahun pada 1 Januari tahun 2024. Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media Rabu menyatakan kesediaan China untuk terus bekerjasama dengan pihak-pihak berkenaan untuk memastikan penguatkuasaan RCEP yang menyeluruh dan berkualiti supaya lebih banyak dividen dapat dikecapi di kawasan perdagangan bebas yang terbesar di dunia ini.

Mao berkata, dalam tempoh dua tahun lalu, pihak-pihak pemeterai telah mendapat keuntungan yang substantif berkat kos perdagangan rantau RCEP yang berkurangan banyak, dan ikatan yang semakin erat antara rantaian industri dengan rantaian bekalan.

Menurut Mao, selaku entiti ekonomi terbesar dalam RCEP, China sentiasa memegang konsep pembangunan yang terbuka dan mendorong pelaksanaan RCEP yang berkualiti. Selain negara ASEAN, China merupakan yang pertama menyelesaikan ratifikasi terhadap RCEP. Sebahagian tindakan China seperti melaksanakan perjanjian membuka pasaran domestik dengan menyeluruh dan terus mengurangkan atau membebaskan tarif, terbukti kondusif bagi peningkatan pelaburan serta perdagangan dan pertumbuhan ekonomi serantau, malah memudahkan pelepasan kastam dan membantu negara anggota RCEP mengakses pasaran China dengan kos perdagangan yang lebih rendah.

Dalam tempoh 11 bulan pertama tahun 2023, durian segar bernilai RMB46.61 bilion (RM30.21 bilion) telah diimport ke China dari negara anggota RCEP termasuk Thailand dan Vietnam, meningkat 70% berbanding tahun 2021.

Video

Berita Berkaitan