- Lain-lain
Pegawai Kanan PKC Lawat AS
Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Liu Jianchao mengetuai delegasi membuat lawatan ke Amerika Syarikat (AS) pada 8 hingga 13 Januari.
Dalam tempoh lawatan itu, beliau bertemu secara berasingan dengan Setiausaha Negara AS Antony Blinken, Timbalan Penasihat Keselamatan Nasional Jon Finer, ahli parlimen dari parti Demokrat dan Republikan, Datuk Bandar San Francisco London Breed, serta tokoh-tokoh dari sektor kewangan, perniagaan, kumpulan pemikir dan pengamal media.
Selain itu, Liu juga menghadiri satu simposium di bawah rangka Dialog Trek 1.5 China-AS dan menyampaikan ucapan pada Majlis Hubungan Luar AS.
Kedua-dua pihak bersetuju terus mendorong pelaksanaan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, sambil mengambil tindakan konkrit untuk mengembangkan ikatan dua hala ke arah stabil, sihat dan mampan.
Semasa berada di AS, Liu juga mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres.
- Mesyuarat Kementerian Pertahanan China, AS ke-17 Berlangsung
- Hasil yang Konstruktif Tercapai dalam Perbincangan Tentera China-AS
- Rundingan Iklim China, AS Buahkan Hasil Positif
- Biden Ditemui Wang Yi di Rumah Putih
- Komunikasi dan Perbincangan Strategik China-AS di Washington
- Wang Yi akan Melawat AS
- Xi Ditemui Delegasi Kongres AS
- China, AS Sepakat Anjur Dialog Peringkat Tinggi Pelancongan
- Dialog Iklim China-AS di Beijing
- Wang Yi Temui Henry Kissinger