- Lain-lain
Parti Pemerintah China, Kemboja Komited Tingkatkan Kerjasama Bilateral
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Ketua Jabatan Publisiti PKC, Li Shulei telah mengetuai satu delegasi PKC melawat Kemboja atas jemputan Parti Rakyat Kemboja (CPP) dari 13 hingga 14 Januari lalu.
Delegasi PKC itu secara berasingan bertemu dengan wakil khas Presiden CPP, Hun Sen, Naib Presiden CPP yang juga Penasihat Kanan kepada Raja Kemboja, Tea Banh, serta anggota Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Pusat CPP yang juga Ketua Bahagian Penjawat Awam, Hun Many, dan bersama dengan pemimpin Kemboja untuk menghadiri majlis pelancaran "Tahun Pertukaran Rakyat China-Kemboja 2024", Seminar kedua mengenai teori parti pemerintah China-Kemboja, serta majlis pemeteraian memorandum persefahaman mengenai penterjemahan dan penerbitan karya klasik China-Kemboja.
Li berkata, China bersedia bekerjasama dengan Kemboja untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, meningkatkan perkongsian pengalaman dalam tadbir urus negara, memperkasa pertukaran dan kerjasama dalam bidang sosiobudaya, menjana impak sosial demi persahabatan kedua-dua negara, dan bekerjasama untuk menjadi teladan dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Pihak Kemboja pula menyatakan, CPP dan kerajaan penggal baharu Kemboja akan berpegang teguh terhadap dasar luar yang muhibah dengan China dan prinsip Satu China, menyokong konsep pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan pelbagai inisiatif penting yang dikemukakan oleh Presiden China, Xi Jinping.
CPP bersedia memperdalam pertukaran dengan PKC dan saling belajar dalam bidang tadbir urus parti dan negara bagi mengekalkan persahabatan kedua-dua negara dari generasi ke generasi.
- Tahun Pertukaran Sosiobudaya China-Kemboja Dilancarkan
- Universiti Teknologi dan Sains Kemboja-China Dibuka secara Rasmi
- Bank Pusat China, Kemboja Tandatangan MoU, Tingkatkan Kerjasama Kewangan
- Xi Ucap Tahniah Ulang Tahun ke-70 Kemerdekaan Kemboja
- Xi Bertemu PM Kemboja
- China, Kemboja Ikrar Mantapkan Kolaborasi Pragmatik
- Presiden Xi Ditemui Raja Kemboja
- Wang Yi, Hun Manet Adakan Perbincangan
- Menteri Luar China, TPM Kemboja Adakan Perbincangan
- Hun Sen, Wang Yi Adakan Pertemuan Empat Mata