- Lain-lain
Wang Yi, Hun Manet Adakan Perbincangan
Bakal Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet telah ditemui ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China merangkap Menteri Luar, Wang Yi yang berada dalam lawatan di negara itu pada Ahad lalu.
Hun Manet menyatakan bahawa kerajaan penggal baharu Kemboja akan mengekalkan hubungan persahabatan dengan China, mengeratkan pertukaran dan lawatan peringkat tinggi, meningkatkan penyelarasan strategik, mengadakan perbincangan untuk menandatangani versi baharu pelan tindakan pembinaan komuniti berkongsi nasib Kemboja-China dengan secepat mungkin untuk membuahkan hasil yang lebih banyak dalam kerjasama pertanian, industri pembuatan, ekonomi dan perdagangan, palaburan, pelancongan dan sosiobudaya.
Tambah beliau, urusan Taiwan, Xinjiang, Tibet dan Hong Kong merupakan sebahagian hal ehwal dalaman China, dan pihaknya terus teguh mematuhi prinsip Satu China.
Wang Yi mengucapkan tahniah kepada Hun Manet atas terpilihnya sebagai peneraju dalam tampuk kuasa Kemboja penggal baharu.
Wang menyatakan bahawa China bersedia meneruskan pertukaran dan lawatan peringkat tinggi dengan kemboja pada masa depan, serta meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran China dengan pelaksanaan Strategi Lima Segi anjuran kerajaan Kemboja yang kondusif bagi mendorong perindustrian dan pemodenan pertanian di Kemboja.
- Menteri Luar China, TPM Kemboja Adakan Perbincangan
- Hun Sen, Wang Yi Adakan Pertemuan Empat Mata
- China, Kemboja Sasar Kolaborasi Lebih Kukuh
- Kemboja Hargai Lebuh Raya Baharu Bantuan China
- Perutusan Tahniah Xi untuk Hun Sen
- Tahniah China untuk Kelancaran Pilihan Raya Kemboja dan Kemenangan Hun Sen
- Xi Utus Tahniah 65 Tahun Hubungan Diplomatik China, Kemboja
- Latihan Ketenteraan Bersama Kemboja-China "Golden Dragon 2023" Bermula
- China, Kemboja Jalankan Latihan Maritim Bersama
- China, Kemboja Ikrar Mantapkan Kolaborasi