- Lain-lain
Wang Yi Bertemu Puteri Sirindhorn
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Menteri Luar, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Puteri Thailand Maha Chakri Sirindhorn di Bangkok pada Ahad.
Wang meluahkan harapan agar keluarga diraja Thailand memberi sumbangan baharu kepada perkembangan persahabatan China-Thailand dalam situasi baharu ketika ini.
Beliau berkata Puteri Sirindhorn memainkan peranan penting dalam meningkatkan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara sehingga menjadi simbol persahabatan China-Thailand.
Tahun depan menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
China bersedia mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan Thailand, di samping merapatkan pertukaran rakyat ke rakyat dan melonjakkan perkongsian strategik komprehensif dua negara ke tahap baharu.
Sementara itu, Puteri Sirindhorn menyuarakan harapan agar kerjasama Thailand-China dalam bidang seperti pendidikan, perubatan tradisional, sains dan teknologi serta aeroangkasa terus diperkukuh.
- China, Thailand Tandatangani Perjanjian Pengecualian Visa Dua Hala
- Menteri Luar Wang Yi akan Lawat Thailand
- China, Thailand Usahakan Pengecualian Visa Dua Hala
- PM Thailand Lawat Syarikat Milik China, Pandu Uji Kereta Sport Elektrik
- Xi Bertemu PM Thailand
- China, Thailand Mulakan Latihan Tentera Laut "Blue Strike-2023"
- China, Thailand Adakan Latihan Bersama Tentera Laut 'Blue Strike-2023'
- Thailand Permudahkan Proses Permohanan Visa dari China
- Tentera China dan Thailand Adakan Latihan Udara Bersama
- Wang Yi Temui Puteri Thailand Sirindhorn